Uskup Cornelius lancar Tahun Misi di Keuskupan Keningau

Uskup Cornelius lancar Tahun Misi di Keuskupan Keningau

Feb 15, 2019

KENINGAU : Sempena Ulang Tahun ke-100 “Maximum Illud” (Misi yang Utama dan Luhur” iaitu surat apostolik Sri Paus Benediktus XV, Sri Paus Fransiskus telah telah mengisytiharkan bahawa bulan Oktober 2019 sebagai bulan Misionari di mana kemuncaknya akan diadakan pada 20 Oktober di mana seluruh Gereja di dunia merayakan perayaan Hari Minggu Misi.

Para Uskup seluruh Malaysia menyambut cadangan Paus Fransiskus dan sebulat suara memanjangkan tempoh menyambut “Bulan Missionari” itu kepada “Tahun Missionari” selaras dengan keperluan dan keadaan umat di seluruh Malaysia.

Di Keuskupan Keningau, Uskup Cornelius Piong telah memutuskan bahawa Tahun Missionari di diosis itu dilancarkan pada 27 Januari 2019 dengan tema “Kita dibaptis dan Diutus dengan Misi Mewartakan Kristus”.

Pada tarikh itu juga merupakan perayaan Hari Minggu Kateketikal yang menampilkan tema misionari iaitu “Kristus Misi Kita.”

Semasa pelancaran Tahun Misi, Uskup Cornelius menjelaskan bahawa, “Sri Paus menegaskan kepada kita bahawa untuk membangun relasi peribadi dengan Yesus, tidak cukup hanya dibaptis, mengetahui ajaran Gereja, sebaliknya kita perlu terus diperteguhkan melalui Ekaristi, firman Tuhan, Adorasi, aktiviti-aktiviti komuniti dan banyak lagi.”

Prelatus itu juga membawa umat agar menjadikan orangorang Kudus, Martir, Santo dan Santa sebagai inspirasi iman seperti yang dinyatakan oleh Sri Paus.

Di Sabah, khususnya di Keuskupan Keningau, ada beberapa misionari yang telah menjadi memberikan hidup mereka kepada Tuhan demi mempertahankan iman mereka seperti Msgr. Augustine Wachter iaitu pendiri kongregasi Fransiscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC).

Msgr Wachter, bersama beberapa orang Paderi dan awam telah dibunuh oleh tentera Jepun pada tahun 4 Ogos 1945. Meskipun tanda-tanda seperti jenazah mereka masih belum dijumpai sehingga sekarang tetapi kisah keberanian mereka mengharumi dan menjadi inspirasi kepada umat tempatan.

Tim untuk merancang dan melaksanakan program sempena Tahun Misi telahpun dibentuk. Tim itu diketuai oleh Fr Harry Dorisoh di mana antara program awal yang dirancang untuk dilaksanakan ialah Seminar tentang Misionari yang akan diadakan di seluruh Keuskupan. —Komsos K’gau

Total Comments:0

Name
Email
Comments