Uskup Cornelius seru umat kekalkan kemurnian ekologi

Sempena ulang tahun ensiklik Sri Paus Fransiskus, Laudato Si' yang ke lima, Ketua Keuskupan Keningau, Uskup Cornelius Piong Keuskupan Keningau mengingatkan para umat akan kepentingan menjaga bumi, rumah kita bersama

May 23, 2020

KENINGAU: Sempena ulang tahun ensiklik Sri Paus Fransiskus, Laudato Si' yang ke lima, Ketua Keuskupan Keningau, Uskup Cornelius Piong Keuskupan Keningau mengingatkan para umat akan kepentingan menjaga bumi, rumah kita bersama. Malah menurut prelatus itu, kemurnian ekologi Keuskupan Keningau merupakan inspirasi beliau semasa mencipta logo Keuskupan Keningau  27 tahun yang lalu.

Berikut merupakan pesan penuh Uskup Cornelius:

Selamat menyambut Ulang Tahun ke-5 Laudato Si (Puji syukur kepada-Mu Tuhan ku). Tema perayaan kali ini adalah "Everything is connected" ("segalanya saling berhubungkait").

Minggu Laudato Si diisytiharkan oleh Sri Paus Fransiskus  diadakan pada 16 - 24 Mei. Kita umat diajak untuk satu hati merefleski, berdoa dan mengambil usaha-usaha untuk menjamin masa depan yang lebih baik bagi bumi kediaman kita bersama.

Saudara saudari, 27 tahun yang lalu sewaktu saya mencaricari inspirasi pesan dan harapan  apa yang perlu saya muatkan dalam Logo Keuskupan Keningau, perkara utama yang terlintas dalam fikiran saya ialah berkaitan pemuliharaan alam sekitar. Demikianlah bagaimana terbentuknya gabungan warna pada Logo Keuskupan tersebut, dan inilah yang saya katakan:
"Warna Hijau  berpinggir "Inandus" melambangkan kehijauan dan kemurnian ekologi Keuskupan Keningau yang harus disayangi dan dikawal dari bahaya-bahaya pencema ran. Ianya juga melambangkan harapan dan kesegaran hidup sepertimana impian Tuhan Pencipta untuk umat manusia." Kata-kata tersebut ada dimuatkan dalam Buku Cendera Kenangan Penubuhan Keuskupan Keningau, 6hb Mei 1993.

Dua tahun sesudah penubuhan Keuskupan Keningau, (1-5 Mac 1995 - Seminar Perancangan Pastoral), impian dan harapan tersebut telah diungkapkan dalam Misi Keuskupan dalam kata-kata, "Umat Tuhan  Ber jalan Bersama Memperjuangkan Keamanan, Keadilan  dan Cinta Kasih serta Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan". Saya mengimbas kembali dua hal berkenaan pemuliharaan Alam Ciptaan Tuhan tersebut menunjukkan bahawa bagi kita di Keuskupan Keningau sejak penubuhannya, sudah menekankan tentang kepentingan penjagaan Alam sekitar iaitu  Bumi, rumah tempat tinggal kita bersama ini. Syukur kepada Tuhan setelah 27 tahun kemudian iaitu pada 1  September 2019 barulah Komisi Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan (KKACT) Keuskupan Keningau dapat direalisasikan seterusnya dilancarkan.

Bersama team Komisi Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan (KKACT), marilah kita Umat Tuhan  Keuskupan Keningau menyahut ajakan Sri Paus Fransiskus sempena Minggu Laudato Si (16 - 24 Mei 2020) ini dan seterusnya merealisasikan cita-cita untuk masa depan yang cerah bagi bumi tempat kediaman kita bersama. Usaha untuk pemuliharaan alam sekitar adalah berterusan dan ianya memerlukan masa, kesabaran, pengorbanan dan kerjasama dari setiap kita. Usaha murni ini sangat "berhubungkait" dari pihak kita dan Tuhan  Pencipta sendiri. Prosesnya adalah menurut masaNya sendiri, "Jikalau bukan Tuhan yang membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangun-Nya" (Maz. 127:1).

"Kesatuan dan Kesetiaan Kita
Umat Bersumber pada Yesus
Kristus, Menuju Kepada
Kekudusan-Nya"

Uskup Cornelius Piong
15 Mei 2020

Total Comments:0

Name
Email
Comments