Uskup Filipina berdukacita kerana Dewan Rakyat lulus RUU hukuman

Para Uskup Filipina bersedih apabila Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang hukuman mati pada 7 Mac 2017.

Mar 17, 2017

MANILA: Para Uskup Filipina bersedih apabila Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang hukuman mati pada 7 Mac 2017.

Penggubal undang-undang meluluskan ruu itu melaksanakan hukuman mati dengan undi 216 -54.

Dewan Rakyat Filipina, memilih untuk melaksanakan semula hukuman mati bagi kes dadah yang serius.

Kini rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Senat.

Rang undang-undang asal, dihantar pada 11 Januari, mencadangkan hukuman mati oleh skuad penembak, hukuman gantung dan suntikan maut sebagai hukuman bagi 21 “jenayah kejam”. Jenayah imi termasuk pengkhianatan, pembunuhan, rogol, dan kecurian kereta ganas. Jenayah-jenayah ini bagaimana pun telah dibatalkan pada bacaan akhir.

Bacaan akhir yang diluluskan ialah hukuman mati bagi kes dadah yang berbahaya.

Dalam satu kenyataan akhbar, Presiden Majlis Uskup-uskup Katolik Filipina, Uskup Agung Socrates Villegas, mengatakan, para Uskup Filipina sangat bersedih dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang tersebut.

Uskup Agung Socrates menulis, “Dewan Rakyat telah memberikan restu kepada Negara ini untuk membunuh. Kami, uskup-uskup anda, berasa sedih tetapi kami tidak akan berdiam diri atau berasa kalah.”

“Kami menyeru semua umat beriman Katolik dan warga Filipina yang menyokong kehidupan untuk terus menentang hukuman mati. Kami menyeru para peguam Katolik, hakim dan juri untuk membenarkan kelembutan Injil Kehidupan menyinari firman dan pelaksanaan undang-undang, agar keadilan dan kesaksamaan dapat dihidupi. Sesungguhnya ada kehidupan apabila Tuhan berada di tengah-tengah kita.

“Mereka mungkin menang tetapi tidak bermakna mereka betul.”

Hukuman mati telah dibatalkan sebagai hukuman bagi semua jenayah pada tahun 2006.

Presiden Rodrigo Duterte berikrar untuk mengembalikan semula hukuman mati sebagai sebahagian daripada "perang ke atas dadah" semasa kempen pilihan raya beliau.

Lebih daripada 8,000 orang telah terbunuh sejak Duterte mengambil alih jawatan Presiden lapan bulan yang lalu. dalam insiden yang melibatkan dadah.--catholicherald.co.uk

Total Comments:0

Name
Email
Comments