Vatikan derma topeng kesihatan kepada China untuk lawan coronavirus

Vatikan telah menyumbangkan ribuan topeng kesihatan kepada beberapa wilayah di China yang terjejas oleh wabak coronavirus yang membawa maut.

Feb 09, 2020

KOTA VATIKAN: Vatikan telah menyumbangkan ribuan topeng kesihatan kepada beberapa wilayah di China yang terjejas oleh wabak coronavirus yang membawa maut.

Dalam e-mel kepada Catholic News Service, pejabat akhbar Vatican mengesahkan laporan yang diterbitkan dalam akhbar China The Global Times, yang mengatakan bahawa sejak 27 Januari, Vatikan telah menghantar antara 600,000 dan 700,000 topeng kesihatan ke China.

"Topeng itu dihantar ke wilayah Hubei,  Zhejiang dan Fujian," kata pejabat akhbar itu kepada CNS. "Ini adalah inisiatif bersama Pejabat Amal Sri Paus dan Gereja Cina di Itali, serta dengan kerjasama farmasi Vatikan."

Menurut laporan Global Times, Paderi berasal dari China, Fr Vincenzo Han Duo, naib pengerusi Kepausan Kolej Urbanian Roma, berkata sumbangan itu dapat diberikan melalui bantuan Kardinal Konrad Krajewski, wakil Sri Paus dalam memberi sumbangan. 

Topeng–topeng kesihatan itu dibiaya  oleh Vatikan dan Komuniti Cina Kristian di Itali, sementara syarikat penerbangan, termasuk China Southern Airlines, menyediakan penghantaran percuma, kata laporan itu.

"Saya berharap, bekalan itu  dapat dihantar ke tempat-tempat yang memerlukan secepat mungkin supaya orang yang menderita penyakit dapat merasai kedekatan serta keprihatinan dari Takhta Suci. Seluruh dunia berjuang bersama untuk melawan virus ini," Fr Han kepada Global Times.--CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments