Vatikan diundang ke pembukaan Olimpik

Buat kali pertama, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah menjemput delegasi Vatikan bukan hanya untuk mengambil bahagian dalam upacara pembukaan Sukan Musim Sejuk, tetapi juga untuk menghadiri mesyuarat agungnya sebagai pemerhati rasmi.

Feb 09, 2018

VATIKAN: Buat kali pertama, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah menjemput delegasi Vatikan bukan hanya untuk mengambil bahagian dalam upacara pembukaan Sukan Musim Sejuk, tetapi juga untuk menghadiri mesyuarat agungnya sebagai pemerhati rasmi.

Delegasi itu akan diketuai oleh Msgr Melchor Sanchez de Toca Alameda, di bawah setiausaha Majlis Kepausan Kebudayaan dan ketua bahagian “Budaya dan Sukan”.

Delegasi Vatikan telah diundang untuk menghadiri majlis perasmian di Stadium Olimpik di Pyeongchang, Korea Selatan, 9 Februari serta sesi tahunan jawatankuasa Olimpik pada 5-7 Februari di mana ahli-ahli mengundi untuk membincangkan isu-isu utama di dunia sukan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Vatikan, L'Osservatore Romano, 2 Feb.

Delegasi Vatikan pernah menghadiri pembukaan Olimpik Musim Panas pada 2016 di Rio de Janeiro, tetapi ini kali pertama delegasi Vatikan dijemput menghadiri sesi jawatankuasa Olimpik.

Msgr Sanchez, mantan pentatlon memberitahu akhbar Vatikan bahawa beliau akan menyampaikan Thomas Bach, presiden IOC, dan semua atlet Olimpik Korea jersi kuning dan putih, iaitu jersi rasmi yang dipakai oleh ahliahli kelab di Vatikan "Athletica Vaticana," di mana, seperti pasukan sukan yang lain — ia turut diberikan kepada kakitangan Negeri Vatikan dan Takhta Suci.

Para atlet dari Korea Selatan dan Utara, semasa upacara pembukaan, telah berjalan bersama sambil membawa bendera penyatuan Korea —bendera yang melambangkan hasrat seluruh rakyat Korea agar atlet dari Utara dan Selatan bergabung untuk bertanding dalam Olimpik.

Hampir 20 orang atlet Korea Utara menerima kebenaran dari IOC untuk bertanding dalam Sukan Musim Sejuk pada Feb 9-25.

Biarpun semua atlet bertanding dengan negara lain, namun tim Korea Selatan dan Utara bersatu membentuk sebuah tim. Buat pertama kalinya pertama kalinya pemain Korea Utara dan Selatan bergabung membentuk tim untuk hoki ais wanita--berdasarkan Carol Glatz, CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments