Vatikan lancar kempen #sendyourhug untuk hargai golongan lanjut usia

Vatikan telah melancarkan kempen “lanjut usia adalah datuk-nenekmu” sebagai sahutan kepada seruan Sri Paus Fransiskus bagi kaum muda untuk menunjukka

Jul 31, 2020

ROMA: Vatikan telah melancarkan kempen “lanjut usia adalah datuk-nenekmu” sebagai sahutan kepada seruan Sri Paus Fransiskus  bagi kaum muda untuk menunjukkan kedekatan golongan warga emas.

Pada 26 Julai, Sri Paus mengundang orang-orang muda di seluruh dunia untuk menunjukkan “tanda kasih sayang” terhadap para warga emas kerana ramai daripada mereka terpaksa diasingkan akibat coronavirus.

Dikasteri bagi Awam, Keluarga dan Kehidupan tidak berlengah dalam menjawab seruan Bapa Suci lalu melancarkan kempen “The Elderly are Your Grandparents” (Kaum lanjut usia adalah datuk dan nenekmu)

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Julai, dikasteri itu mengajak orang-orang muda untuk melakukan sesuatu yang menunjukkan kebaikan dan kasih sayang kepada orang tua yang mungkin merasa kesepian.

“Pandemik  telah menyusahkan  orang lanjut usia dan telah memutus hubungan yang sudah lemah antara generasi,” ujar kenyataan itu.

“Namun, mengikuti aturan jarak sosial tidak bererti mereka harus mengalami kesepian dan diabaikan.”

Dikaster bagi Awam, Keluarga dan Kehidupan menyebut beberapa contoh cara berhubungan dengan kaum lanjut usia misalnya melalui telefon dan Internet, atau  mengadakan persembahan muzik dan nyanyian bagi para penghuni rumah orang tua.

“Orang-orang muda telah melakukan ini untuk membantu meringankan kesepian yang dirasai oleh warga emas  tinggal di rumah atau tetap terkurung dalam fasilitas perawatan,” bunyi pernyataan itu.

Kerana peraturan kesihatan, dikasteri meminta orang muda Katolik untuk “mengirim pelukan” kepada orang-orang tua di paroki atau di tetangga mereka yang mungkin mengalami kesepian.

Mereka dapat melakukannya melalui telefon, panggilan video, atau dengan mengirim gambar.

Kaum muda juga didorong untuk membahagikan kegiatan menjangkau kaum lanjut usia melalui media sosial dengan memasukkan hashtag #sendyourhug (kirim pelukanmu). .

Posting terbaik akan dkongsi dalam akaun media sosial Dikasteri bagi Awam, Keluarga, dan Kehidupan @laityfamilylife. –– media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments