Vatikan luluskan mukjizat kedua Beato Henry Newman

Vatikan luluskan mukjizat kedua Beato Henry Newman

Dec 07, 2018

WASHINGTON D.C: Mukjizat kedua kepada Beato John Henry Newman dilaporkan telah diluluskan oleh Vatikan, memberi harapan cerah akan kanonisasi beato itu akan berlaku seawal tahun hadapan.

Menurut Fr Ignatius Harrison, postulator bagi siasatan penggelaran santo, kini hanya ada dua langkah lagi untuk dilaksanakan sebelum Newman dikanonisasikan. Pertama, sebuah komisi para uskup harus meluluskan kanonisasi kemudian, Sri Paus Fransiskus harus mengisytiharkan Newman sebagai santo.

Menurut Harrison, ada kemungkinan kanonisasi itu berlangsung selepas hari raya besar Paskah 2019.

Mukjizat kedua daripada Newman ialah kesembuhan seorang wanita Amerika yang sedang hamil. Wanita itu memohon bantuan doa daripada Kardinal Newan semasa nyawanya dalam bahaya dan kini, para doktor tidak dapat memberi penjelasan mengapa wanita itu tiba-tiba sembuh.

Newman seorang paderi dan ahli teologi Anglikan yang memeluk agama Katolik pada tahun 1845 pada usia 44 tahun. Keputusannya memeluk agama Katolik mencetuskan kontroversi hebat sehingga kakak dan rakan-rakan memulaukan beliau.

Newman seorang pendidikan dan penulis prolifik. Beliau telah menubuhkan dua buah sekolah untuk kanakkanak lelaki. Newman ditahbis sebagai paderi Katolik pada tahun 1847, beliau telah diangkat menjadi kardinal oleh Sri Paus Leo XIII pada tahun 1879, meskipun bukan seorang uskup. — CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments