Walk for Jesus di Kuala Penyu papar solidariti umat dan pemimpin

Program “Walk for Jesus” merupakan acara yang dianjurkan oleh Prison Fellowship Malaysia dan Majlis Gereja-gereja Sabah.

Sep 15, 2017

KUALA PENYU: Program “Walk for Jesus” merupakan acara yang dianjurkan oleh Prison Fellowship Malaysia dan Majlis Gereja-gereja Sabah. Ia merupakan acara yang memupuk semangat solidariti di kalangan umat Kristian, sebagai platform untuk berdoa bersama serta mempromosi keamanan Negara Malaysia.

Pada 27 Ogos lalu, 22 pekan atau daerah telah mengadakan Walk for Jesus secara serentak yang disertai ribuan orang.

Di Kuala Penyu, Walk for Jesus disertai empat dominasi Kristian terbesar di daerah itu iaitu Katolik, Anglikan, Sidang Injil Borneo (SIB) dan Kalvari. Mereka terlebih dahulu berhimpun di pentas terbuka Gereja St.Peter, Bundu.

Acara dimulakan dengan doa pembukaan oleh Fr Boniface Kimsin yang seterusnya memberikan ucapan alu-aluan dan taklimat tentang aktiviti ini.

Dalam ucapannya, Fr. Boni menjelaskan tujuan program Walk for Jesus adalah untuk memperatkan lagi kesatuan di kalangan umat gereja Kristian, agar dapat menjadi terang dan garam dunia dengan melalkukan kebaikan dan berdoa bersama untuk negara Malaysia serta negeri Sabah, bersekutu bersama dan untuk mencari dana Majlis Gereja-gereja Sabah.

Paderi itu juga menyeru umat Kristian agar menjadikan acara ini sesuatu yang dikenang dan menggalakkan umat untuk saling hormat menghormati serta prihatin antara sesama.

Sebelum memulakan perjalanan, sesi puji-pujian dilketuai oleh gereja Sidang Injil Borneo sebagai sesi pemanasan badan dan meniup semangat perpaduan di kalangan peserta.

Acara berjalan kaki sambil menyanyikan lagu puji-pujian dan berdoa ke bulatan besar di mana tiga replika penyu terletak di simpang jalan Kg.Kayul dan kembali ke pentas terbuka gereja St.Peter Bundu itu menyaksikan kesungguhan umat Kristian yang terdiri daripada pelbagai usia, berjalan lebih kurang lima KM pada petang yang panas terik itu.

Marchella Victor dari Calvary Charismatic Centre mengatakan, “Program Walk for Jesus dapat memberikan kebaikan kepada semua gereja di Kuala Penyu untuk bersatu dalam Yesus tanpa mengira mazhab Gereja.”

Sdra Sitih Jirop @ Sitteh dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) juga sependapat dengan Marchella seraya menambah, “Program ini amat baik dan perlu bagi menyatu padukan umat pelbagai mazhab Gereja selain sama-sama mendoakan keharmonian untuk negara kita.

Program Walk for Jesus diakhiri dengan doa oleh Pastor Johnny (Kalvari) dan bergambar beramai-ramai.--Komsos St Peter KP

Total Comments:0

Name
Email
Comments