Walk for Unity kutip dana untuk yang memerlukan

Walk for Unity kutip dana untuk yang memerlukan

Nov 16, 2018

JOHOR BAHRU: Lebih dua ribu rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama berhimpun di Ponderosa Golf and Country Club untuk menyertai “Walk for Unity” yang dianjurkan oleh Komisi Evangelikal Keuskupan Melaka-Johor dengan kerjasama Ponderosa Golf and Country Club.

Uskup Bernard Paul yang ikut serta dalam acara itu berkata, “Program ini ialah berjalan dalam kasih. Kasih bukanlah hanya untuk diri kita tetapi juga bagi mereka yang kurang bernasib baik. Harmoni hanya akan wujud jika kita saling prihatin antara sesama.”

ADUN Sulang, YB Andrew Chen Kah Eng pula berkata, dalam era Malaysia baharu ini, marilah kita berjalan dan bekerjasama. Marilah kita sama-sama mempromosi penglibatan dan penyertaan semua orang dalam aktivitiaktiviti sosial agar kita semakin sefahaman dalam membina negara yang lebih sejahtera.”

Selepas sesi ucapan, para peserta kemudiannya memulakan perjalanan setelah Uskup Bernard membunyikan semboyan. Selepas acara berjalan, para peserta dihiburkan dengan pelbagai persembahan pentas seperti nyanyian dari kumpulan kanak-kanak, zumba dan perkongsian tentang keluarga oleh Rev Moses Yap, ketua Komisi Evangelikal Keuskupan.

Karnival itu juga dimeriahkan dengan pelbagai gerai menjual makanan, permainan dan gerai-gerai koporat seperti Bank UOB, Standard Charterd dan Very Good Cereals. Perayaan hari itu diteruskan sehingga sebelah petang iaitu Majlis Makan Malam Amal Kasih, Damai dan Sukacita di dewan Ponderosa Golf and Country Club Trading Post.

Total Comments:0

Name
Email
Comments