Wang pendapatan dari penyeludupan manusia adalah wang kotor

Sri Paus Fransiskus menerbitkan sebuah pesan video yang menyertai intensi doanya untuk bulan Februari 2020, iaitu “Dengarkan tangisan kaum migran.”

Feb 16, 2020

VATIIKAN: Sri Paus Fransiskus menerbitkan sebuah pesan video yang menyertai intensi doanya untuk bulan Februari 2020, iaitu  “Dengarkan tangisan kaum migran.”

Dalam intensi yang diterbitkan pada 6 Februari 2020 itu, Sri Paus meminta seluruh dunia mendengarkan tangisan para migran, yang ramai di antara mereka adalah korban perdagangan manusia. Pemerdagangan ma nusia adalah jenayah yang kejam. Sudah menjadi kebiasaan Sri Paus untuk menerbitkan pesan video yang merinci intensi doanya setiap bulan. Teks lengkap intensi Sri Paus bulan ini adalah: Para migran sering menjadi korban penyeludupan manusia dan perdagangan manusia yang kriminal. Hal ini terjadi, antara lain, kerana penyelewengan di pihak orang yang rela melakukan apa saja  demi keuntungan kewangan. Wang dari perniagaan kotor dan tidak berperikemanusiaan ini adalah wang haram.

Saya tidak melebih-lebih itu memang wang haram! Kita berdoa agar tangisan saudara-saudari kaum migran, para korban penyeludupan manusia dan perdagangan manusia, dapat didengar dan dibantu. -- media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments