Wanita pelbagai iman di Manila berhimpun rai kehidupan

Wanita pelbagai iman di Manila berhimpun rai kehidupan

Nov 09, 2018

MANILA: Lebih 200 wanita dari pelbagai agama di Filipina mengadakan pertemuan dua hari untuk merayakan hidup dan iman. Pertemuan antara iman itu merupakan “platform untuk berbincang, memahami dan bersolidariti di kalangan wanita, dari pelbagai latar belakang agama.”

Menurut tim penganjur, peserta meskipun menganuti agama berbeza tetapi mereka bertemu “untuk merayakan persatuan dan ikatan mereka sebagai wanita yang percaya akan Sang Ilahi.”

Bicbic Chua, direktur eksekutif Umat Katoliik untuk Kesihatan Reproduksi, mengatakan wanita – khususnya mereka yang berasal dari komuniti agama – dapat memberi pendekatan unik terhadap kesihatan dan kesejahteraan.

Pelbagai projek pengembangan, katanya, tidak akan berhasil jika kemampuan untuk memilih dan menetapkan keputusan di kalangan wanita tidak terakomodasi.

Pertemuan tersebut dianjur menjelang pemilihan umum (PRU) tahun hadapan di mana masyarakat Filipina akan memilih senator, para wakil Kongres dan pegawai pemerintah tempatan.

“PRU 2019 akan memberi peluang kepada negara kita untuk mengambil langkahlangkah penting dalam menyembuhkan bangsa kita,” kata Chu. Beliau mengatakan orang-orang yang bersaing untuk mendapatkan kedudukan sebagai wakil rakyat “harus memiliki karakter dan nasionalisme yang baik serta kasih sayang.” Chua mengatakan tema pertemuan tahun ini, “Percaya akan Iman Kita, Diri Kita untuk Mengubah Kemanusiaan Saat Kita Mempromosikan Kesejahteraan dan Pilihan yang Bertanggungjawab,” merupakan “penegasan akan keyakinan kita sebagai perempuan dan peranan sakral kita dalam masyarakat.” — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments