Warden, Pelayan Altar kenali fungsi loceng Gereja

Warden, Pelayan Altar kenali fungsi loceng Gereja

Jan 25, 2019

ST SABINA, Kg Titimboungon, Sabah: Buat julung kalinya, para Penyambut Jemaat dan Pelayan Altar Komiti Pastoral Umat Katolik (KPUK) St Sabina didedahkan dengan sejarah penggunaan loceng dalam gereja dan jenis-jenis bunyi loceng yang ada dalam tradisi Gereja Katolik.

Sesi selama tiga jam itu di sampaikan oleh Sdra Peter Zeter pada 13 Jan lalu di Gereja St Sabina.

Program tersebut juga merupakan salah satu dari sesi pembentukan Liturgi oleh Komiti Liturgi KPUK St Sabina.

25 orang peserta yang hadir diberikan penjelasan bahawa sejarah membunyikan loceng dalam upacara keagamaan Kristian dapat ditelusuri sejak Nabi Musa.

Para peserta turut berlatih membunyikan loceng untuk pelayanan-pelayanan tertentu misalnya panggilan untuk Misa/PMPT, pemakaman, panggilan untuk berdoa Angelus, Perkahwinan dan sebagainya.

Total Comments:0

Name
Email
Comments