Wirawati COVID-19, religius jadikan pengalaman pahit menjadi berkat

Selepas sembuh dari penyakit coronavirus, Sister Sneha Joseph dari Kongregasi Roh Kudus menggunakan pengalamannya menghidap virus tersebut dengan menderma plasma kepada mereka yang memerlukan.

Jan 09, 2021

MUMBAI: Selepas sembuh dari penyakit coronavirus, Sister Sneha Joseph dari Kongregasi Roh Kudus menggunakan pengalamannya menghidap virus tersebut dengan menderma plasma kepada mereka yang memerlukan.

Beliau merupakan satu-satunya wanita India dan yang pertama menderma plasma sebanyak lima kali serta menerima pengiktirafan di atas karya mulianya itu.

Sr Joseph, pengarah eksekutif Hospital Roh Kudus Mumbai telah diumumkan sebagai 'wira Covid-19' pada 1 November 2020, oleh Bhagat Singh Koshyari Gabenor di Maharashtra, India kerana sumbangannya menderma plasma sebanyak lima kali.

Terapa konvalsen plasma memerlukan pesakit Covid-19 disuntik dengan plasma yang bekas penderita Covid-19. Penghidap Covid-19 yang telah sembuh mempunyai plasma yang kaya dengan antibodi.

“Sebagai seorang bekas pesakit Covid-19, saya memahami penderitaan yang dilalui oleh pesakit  Covid-19. Saya mahu membantu orang yang paling memerlukan dengan menderma plasma saya kepadanya,” ujar Sr Joseph yang menghidap Covid-19 pada bulan Mei tahun lalu dan dirawat hampir tiga minggu di hospital. 

“Semasa menjadi pesakit Covid-19, keadaan diri saya amat lemah dan semakin memburuk apabila paru-paru saya turut dijangkiti. Tetapi dengan cekal menghadapi penderitaan itu bersama Tuhan,” ujar rahib yang berusia 57 tahun itu.

Sebulan selepas sembuh, Sr Joseph menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapati antibodinya amat tinggi. Berdasarkan ujian darah, beliau dalam kategori darah AB yang menjadikan Sr Joseph penderma darah sejagat iaitu beliau boleh menderma plasma kepada sesiapa sahaja.

Sr Joseph menderma plasmanya kepada Hospital di Mumbai yang merawat ramai pesakit miskin. Selepas 20 hari menderma kali pertama, ujian mendapati darah Sr Joseph tetap mempunyai kiraan antibodi yang tinggi.

Oleh itu, beliau mengulangi  menderma plasma sebanyak dua kali. Pada masa inilah, Hospital Naik mengiktiraf Sr Joseph sebagai wanita pertama di Maharashtra yang menderma plasma sebanyak tiga kali. Tidak lama kemudian, hospital menghubungi Sr Joseph kerana terdapat seorang pesakit yang amat memerlukan plasma jenis AB.

Pada mulanya, Sr Joseph telah merancang untuk menderma plasma kepada Hospital Hiranandani tetapi disebabkan pesakit itu, beliau berjanji akan menderma buat kali kelima kepada hospital tersebut dan saya bersyukur kerana masih dapat melakukan demikian.”

Maksimum 10 orang pesakit telah menerima plasma dari Sr Joseph. Ini  sudah pasti keajaiban yang dikurniakan oleh Tuhan, ujar Sr Joseph. — LiCasnews/Matters India

Total Comments:0

Name
Email
Comments