Yesus tetap ada baik kelmarin, hari ini, esok dan selama-lamanya

Yesus tetap ada baik kelmarin, hari ini, esok dan selama-lamanya

Oct 12, 2018

SANDAKAN: Pada 23 -26 Ogos lalu, lalu, program tahunan Kerasulan Belia Paroki St Mary, Sandakan kini kembali dengan wajah baru, Let's Unite Camp (LUC).

Ia merupakan kesinambungan daripada program Unite Camp yang telah dianjurkan sebelum ini. Program selama empat hari ini telah disertai seramai 105 belia Paroki Sandakan. Turut serta dalam kem ini adalah beberapa belia dari Paroki Tawau, Paroki Lahad Datu, Paroki Beluran dan Paroki Telupid. Program Let's Unite Camp kali ke-5 ini telah diadakan buat pertama kalinya di Gereja St Mark Batu 12.

Tema yang diketengahkan pada tahun ini diambil dari 1 Korintus 1: 10 “Tetapi aku menasihatkan kamu, saudara - saudara, demi nama Tuhan kita Yesus Kristus, supaya kamu seia sekata dan jangan ada perpecahan di antara kamu, tetapi sebaliknya supaya kamu erat bersatu dan sehati sefikir.”

Objektif utama LUC adalah untuk menyatukan belia Paroki Sandakan dengan mendalami dan berkongsi iman seiring dengan Visi dan Misi Keuskupan serta mengenali Tuhan dengan lebih dekat melalui perantaraan Bonda Maria sebagai Santa penaung Gereja. Ini merupakan satu panggilan kepada para belia untuk menyahut seruan Visi dan Misi Keuskupan dan menghidupi ajaran-Nya.

Antara penyampai sesi dalam kem ini ialah Father David Garaman, Sr. Regina Kimung fsic, Sdra Adaris Moses Sintan dan Sdri Anna Teresa Peter Amandus.

Hari pertama LUC dimulakan dengan Misa Pembukaan yang dipimpin oleh Fr David selaku Paderi Paroki, merangkap Penasihat Rohani bagi Kerasulan Belia Paroki dibantu oleh Father Christopher Ireneus.

Dalam homilinya, Fr. David berharap bahawa para peserta akan dapat menerima sesuatu yang baik dalam program ini untuk dibawa serta diadaptasikan di dalam kehidupan seharian mereka selepas LUC. Dengan nada gurauan, Fr David percaya bahawa pasti ada beberapa peserta yang ‘mengandung’ selepas selesai program ini. Mengandung di sini bererti mengandung secara rohani dengan memperolehi iman dan kehidupan yang baru dan seterusnya dapat membantu peserta dalam pelayanan mereka kelak.

Selepas Misa, kedatangan para peserta dirayakan melalui sesi Welcoming Night dan diakhiri dengan doa malam.

Hari kedua LUC diteruskan dengan Misa Kudus diikuti sesi “Realiti” oleh Sdri Daphney. Dalam sesi ini, para peserta diajak untuk melihat realiti masyarakat masa kini misalnya penyalahgunaan teknologi maklumat, hamil di luar perkahwinan, kes pembuangan bayi, dadah dan banyak lagi.

Para belia kemudiannya dibawa untuk lebih merenung mengapa realiti yang dibincangkan tadi berlaku melalui sesi kedua, bertajuk “Keluarga” yang dikendalikan oleh Sdra Adaris Moses Sintan.

Dalam sesinya, saudara Adaris mengongsikan bahawa keluarga adalah gereja yang kecil, strategik dan istimewa. Sesi ini membuka mata para peserta betapa pentingnya keluarga dalam membendung masalah-masalah sosial maka kini.

Sesi diteruskan dengan sesi ketiga dengan membawa para peserta untuk melihat diri sendiri dan bagaimana mereka juga secara tidak langsung berkait dengan realiti - realiti yang dibincangkan tadi.

Dalam sesi renungan ini, Daphney mengajak para peserta untuk menulis surat kepada Yesus tentang diri mereka. Surat itu kemudiannya dibawa ke dalam doa Taze pada sebelah malamnya.

Pada sebelah petang, Sr Regina menyampaikan sesi “Who is Mother Mary” yang menghuraikan kesetiaan, kesabaran dan kepercayaan Bonda Maria kepada Tuhan serta bagaimana gadis berusia 16 tahun itu mengubah sejarah dunia dengan mengatakan “Aku ini hamba Tuhan, terjadi padaku menurut perkataan-Mu.”

Sr. Regina juga mengongsikan beberapa pesan Bapa Suci Fransiskus yang membezakan rancangan Tuhan yang ada di dalam kehidupan.

Hari kedua LUC diakhiri dengan doa Taize. Doa ini membawa peserta untuk merenung semua sesi yang disampaikan pada sebelah siang. Pada akhir doa Taize, para belia menyerahkan surat yang mereka tulis kepada Yesus ke dalam kotak yang disediakan dan mendoakan permohonan mereka dan saling berdamai antara satu dengan yang lain.

Pada hari ketiga LUC, seawal jal 4.30 pagi, para peserta mengikuti sesi Road to Emmaus yang bertujuan memperdalamkan penghayatan mereka akan tujuh Sakramen.

Kemuncak aktiviti Road to Emmaus ini ialah Perayaan Ekaristi yang kebetulan jatuh pada Pesta Santo Bartholomeow. Ia dipimpin oleh Fr David Garaman.

Sesi Road to Emmaus meneguhkan para paserta agar tidak takut menyahut panggilan dalam pelayanan sebab Tuhan sentiasa menyertai umat-Nya. Pengertian ini dilakukan melalui aktiviti "I fall, You Catch". Realitinya, semua orang memerlukan sokongan lebih - lebih lagi di saat yang penuh dengan kesukaran hidup dan dalam aktiviti ini, para peserta juga dingatkan untuk belajar to let go and let God berkarya di dalam kehidupan dan pelayanan masing - masing.

Segala pengalaman yang dialami sejak hari pertama LUC di kongsikan dalam sesi “Proses dan Sintesis” yang di kendalikan oleh Sdri Anna.

Pada akhir sesi, Sdri Anna menyatakan bahawa dunia tetap akan berubah namun Yesus tetap ada, baik hari kelmarin, hari ini dan selamanya. Maka para peserta diseru untuk terus mencari dan menyatakan 'Ya' kepada Yesus setiap hari kerana Dia yang memungkinkan segala hal.

Acara kemuncak program Let’s Unite Camp adalah Malam Tematik bertemakan 'One Heart'. Setiap kumpulan telah diberikan tugasan untuk membuat persembahan secara katekesis yang berdasarkan kepada tema kecil yang di beri.

Semua tema ini tertuju kepada menyahut seruan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan iaitu menjadi Komuniti yang berpusatkan Kristus, melayani sesama dengan Kasih.

LUC pada hari terakhir dimulakan dengan doa pagi dan seterusnya dalam sesi peneguhan, Fr David Garaman yang menyentuh tentang Visi dan Misi Keuskupan Sandakan. Sekali lagi para belia diingatkan tentang realiti hari ini dan menurut Fr David, untuk mengatasi realiti -realiti suram ini, para belia harus bersatu dengan Gereja, membuang ego dan hati yang busuk agar cinta kasih antara sesama dapat dicapai

Total Comments:0

Name
Email
Comments