YLC akan kembali ‘menyengat’

Kem Pemimpin Belia Keuskupan (YLC) merupakan program tahunan yang dimulakan oleh Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan (DYA) bagi memenuhi keperluan pemimpin belia dari seluruh Keuskupan Sandakan.

Oct 24, 2014

TELUPID (Herald Malaysia): Kem Pemimpin Belia Keuskupan (YLC) merupakan program tahunan yang dimulakan oleh Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan (DYA) bagi memenuhi keperluan pemimpin belia dari seluruh Keuskupan Sandakan.

YLC pertama telah diadakan di Katedral St Mary pada Feb 2-6, 2012, kali kedua diadakan di Holy Trinity, Tawau pada awal tahun 2013 dan YLC kali ketiga bertempat di St Dominic, Lahad Datu pada awal tahun ini.

YLC kali keempat dijadualkan berlangsung pada Feb 25- Mac 1, 2015 di St Martin Telupid. YLC merangkumi empat dasar penting dalam kehidupan iaitu keseimbangan, doa, hala tuju dan kemahiran.

Pertemuan pertama tim penganjur utama diadakan di St Martin pada bulan September lalu.

Mesyuarat itu menumpukan segala skop tugasan anggotaanggota tim Kerasulan Belia Paroki St Martin (PYA) dan menimbang tema bagi YLC akan datang. Mesyuarat kali kedua pula akan diadakan pada Okt 28, di mana tim ini akan melihat lebih lanjut akan tema, objektif, rasional dan logo rasmi bagi YLC kali keempat.

Hildy Albert, ko-ordinator bagi PYA St Martin mengingatkan anggota-anggota tim agar menjalankan tugas mereka dengan rela serta tidak membandingkan penganjuran YLC sebelum ini.

Anna Teresa, Ko-ordinator bagi DYA dan Kem, juga berpesan kepada semua tim agar melaksanakan tugas untuk ditujukan kepada Yesus, bukannya demi mendapat nama atau pujian.

Total Comments:0

Name
Email
Comments