Youth gathering pertama belia HRL di St Agnes, Kambizaan mengakrabkan persahabatan

“Yesus, Sahabat Sejati’’ demikianlah tema yang diangkat bagi youth gathering yang julung kali diadakan bagi tahun 2020 anjuran Tim Pelayanan Belia Paroki Holy Rosary Limbahau

Feb 16, 2020

LIMBAHAU: “Yesus, Sahabat Sejati’’ demikianlah tema yang diangkat bagi youth gathering yang julung kali diadakan bagi tahun 2020 anjuran Tim Pelayanan Belia Paroki Holy Rosary Limbahau (TPBP HRL).

Youth gathering pada 26 Januari yang lalu begitu istimewa kerana pertama kalinya diadakan di luar paroki Holy Rosary Limbahau iaitu di Chapel St. Agnes Kambizaan, salah sebuah stasi luar di bawah naungan Paroki Holy Rosary Limbahau.

Perjalanan ke Chapel St. Agnes Kambizaan mengambil masa lebih kurang setengah jam dengan jarak 15KM dari Gereja HRL.

Di chapel itu, para belia disambut mesra oleh umat yang diketuai oleh Katekis Agnes Dominic dan Pengerusi Penganjur, Sdra Cornelius.

Youth gathering kali ini juga sekaligus merayakan Pesta Santa Agnes yang  menjadi Santa naun gan Chapel St. Agnes Kambizaan. Antara objektif utama youth gathering ini adalah untuk menjangkau para belia di Kambizaan sekaligus mengambil kesempatan untuk mengenal mereka dengan lebih dekat, dan berkongsi ten tang pelayanan dalam gereja,  dengan harapan agar mereka juga boleh mengambil bahagian secara berterusan dalam pelayanan mereka di gereja.

Para belia juga merayakan Misa Kudus bersama Father Rayner  Bisius di mana para belia pusat mengambil bahagian menjadi koir.

Di dalam homilinya, Fr. Rayner, menekankan agar belia HRL menjadi Kristian Katolik yang 100% Katolik. “Jangan takut dalam menghidupi panggilan kita mengikuti Yesus,  menjadi terang dan menjadi penjala manusia!" pesan Fr Rayner.

Paderi itu berharap agar semua umat khususnya belia berani untuk menjadi terang dan cahaya kepada satu sama lain, terutama di dalam keluarga dan KKD.

Antara aktiviti lain yang dijalankan pada hari tersebut adalah acara makan bersama, acara pemotongan kek, tayangan video tentang St. Agnes dan juga Chapel St. Agnes Kambizaan, ‘praise & worship’ diketuai oleh belia pusat, perkongsian singkat bertemakan "Yesus Sahabat Sejati" oleh Sdri Mary Belinda, perkongsian iman daripada tiga orang peserta Emmaus Youth Camp, iaitu Sdra  Aureus, Sdri Gabriella Aiko dan Sdra Ivanslaw.

Tidak ketinggalan juga promosi Sabah Youth Day-5, games, dan cabutan tiket bertuah. Program berakhir pada jam 4.30 petang. -- Evangelisa Anselinus

Total Comments:0

Name
Email
Comments