YPL-9, saya special, saya kuat ... saya berani!

YouthPrepLink (YPL) merupakan satu program yang diinisiatif oleh Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) pada 2005.

Mar 28, 2019

SANDAKAN:YouthPrepLink (YPL) merupakan satu program yang diinisiatif oleh Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) pada 2005. Program ini bertujuan untuk membawa kesedaran dan pembelajaran kepada belia-belia di kawasan luar bandar.

Program ini juga mempersiapkan para belia bagi menghadapi dan menangani realiti budaya dan sosial yang dialami dalam masyarakat apabila mereka berhijrah dari luar bandar ke bandar, ketika mencari pekerjaan dan semasa melanjutkan pelajaran.

Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan dengan kerjasama para graduan YPL 1 hingga 8 telah menganjurkan program YPL buat kali ke sembilan pada 2-15 Januari di Katedral St Mary Sandakan bagi peringkat pertama dan St John the Baptist Kg. Telupid untuk peringkat ke dua.

Tim Penganjur Batch 9 ini di pimpin oleh Jason Alexander selaku Ko-orrdinator serta para pendamping PL, Anna Teresa, Esther Albert, Fettwinda Sipaan dan Raynold Thomas.

Seramai 40 belia lepasan SPM dan STPM seluruh Keuskupan Sandakan telah menyertai program ini. Ini merupakan penyertaan yang agak ramai, memandangkan pengkhususan program ini adalah untuk 30 peserta.

Modul program ini terdiri daripada dua peringkat. Peringkat pertama lebih menjurus kepada kesedaran peribadi. Manakala peringkat yang ke dua menumpukan kepimpinan, komuniti dan penjangkauan serta pendedahan kepada realiti dan sosial secara lokal dan global.

Pada peringkat pertama (level 1), peserta dibawa dalam sesi - sesi mengenali diri iaitu 1. Siapakah Saya?, 2. Peralihan (transition),3. Sexuality, 4. Hubungan Sihat lelaki dan Perempuan, 5. Sex sebelum Kahwin - Generasi kini dalam Risiko, 7. Penghijrahan Belia dan Kehidupan di Bandar, 8. Globalisasi dan Literasi Media, 9. Kepenggunaan dan Alam Sekitar, 10. Career Talk dan 11. Psiko Aspek Kerohanian.

Selain itu, para peserta juga di dedahkan dengan English Lesson yang bertujuan memberi keyakinan kepada mereka untuk bertutur Bahasa Inggeris semasa melanjutkan pelajaran di institusi pengajiantinggi.

Pada peringkat kedua (level 2), peserta disajikan dengan sesi The Prayer, Realiti Sosial dan Ajaran Sosial Gereja, Pemerdagangan Manusia, Hak Asasi dan Hak Perlembagaan dan Memahami Agama lain.

Selain daripada menerima informasi ini, para peserta akan lebih berdikari kerana mereka yang akan mengatur hal - hal seperti makan dan minum, kerja - kerja membersih, membuat Time of Life dan sebagainya. Di sinilah kepimpinan para peserta diasah.

Untuk tahap dua juga, para peserta dibawa kepada 'back to basic'di mana mereka mendirikan khemah sebagai penginapan dan memasak menggunakan kayu api. Keadaan yang serba kekurangan yang mereka alami ini mengajar mereka untuk menghargai apa yang mereka ada dan bersyukur dengan kehidupan yang diberikan.

Mereka juga menjangkau belia, kanak-kanak dan ibu bapa di kampung - kampung terpilih. Untuk tahun ini kampung terpilih itu adalah Kg. Sinaputan dan Kg. Mangkadait. Sesungguhnya, pengalaman menyertai YPL-9 selama dua minggu telah memberi kesan positif kepada para peserta untuk merenung keperibadian dan keimanan mereka serta memupuk sifat kepimpinan mereka sebagai belia Katolik. — Tim Dokumentasi YPL Batch 9

Total Comments:0

Name
Email
Comments