Zon Senagang bangga jadi tuan rumah program Kateketikal

Zon Senagang bangga jadi tuan rumah program Kateketikal

Oct 19, 2018

KENINGAU: Komiti Kateketikal telah mengadakan aktiviti sempena dengan Minggu Kateketikal Sedunia di St. Yohanes Penginjil, Senagang.

Meskipun Minggu Kateketikal Sedunia disambut pada bulan Februari lepas, namun aktiviti sempena dengan Minggu Kateketikal ini diadakan pada 29- 30 Sept, 2018.

Program yang bertema “Kristus Pengharapan Kita” berlangsung selama dua hari. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan bercerita dan berpidato serta pertandingan melukis. Selain itu, pertandingan pameran bagi setiap Zon di bawah naungan Paroki KSFX juga turut diadakan.

Misa Kudus dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong di Gereja St. Yohanes Penginjil yang dihadiri lebih 300 umat.

Selepas bacaan injil, Uskup menjemput adik Steve Benjamin, pemenang Pertandingan Pidato untuk menyampaikan pidatonya.

Prelatus itu menyatakan kebanggaannya akan programprogram yang dijalankan dan berterima kasih kepada Zon Senagang akan kesanggupan menjadi tuan rumah pada tahun ini.

“Berdasarkan tema Minggu Kateketikal Sedunia ini, sememangnya bukan mudah untuk meletakkan pengharapan kita kepada Kristus. Terutama pada zaman teknologi ini, banyak benda duniawi yang memukau dan melalaikan kita.

“Oleh itu, untuk membangunkan pengharapan kepada Tuhan perlu diingati bahawa Tuhan mengasihi kita dan Dia menyertai iman dan mendampingi kita. Sedarilah juga bahawa Tuhan yang kita kenal adalah yang Menyelamatkan,” ujar Bapa Uskup.

Selepas Misa, jamuan kesyukuran dan penyampaian hadiah diadakan di dewan St. Yohanes Penginjil. Tuan rumah bagi sambutan Minggu Katekatikal Sedunia pada tahun 2019 adalah Katedral St. Francis Xavier. – KOMSOS K’gau

Total Comments:0

Name
Email
Comments