1, 195 sabun untuk penghuni penjara

Gereja Risen Christ telah menganjurkan aktiviti Belas Kasihan iaitu membuat sabun untuk diberikan kepada para banduan di negeri Pulau Pinang dan Kedah.

Sep 15, 2023

Beberapa pelajar sedang tekun membuat sabun.


PULAU PINANG: Gereja Risen Christ telah menganjurkan aktiviti Belas Kasihan iaitu membuat sabun untuk diberikan kepada para banduan di negeri Pulau Pinang dan Kedah.

Aktiviti ini disertai 40 umat paroki dan paderi paroki mereka, Friar Esmond Chua, OFM pada Ogos 26.
Bukan sahaja warga emas dan orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini.

Tahun ini, bengkel pembuatan sabun mengambil pendekatan yang berbeza. Para peserta diajak untuk melakukan dua sesi refleksi tentang “Apa kata Alkitab tentang Pelayanan Penjara” dan “Kerohanian Pembuatan Sabun”

Untuk bengkel ini, para peserta bersyukur kerana disokong oleh paderi paroki yang menyediakan bahan-bahan mentah, para penderma yang menyumbangkan bahan acuan, minuman dan makan tengah hari.

Sebanyak 1,195 biji sabun telah dibuat, dibungkus dan dibahagikan sebanyak empat kotak lalu disampaikan oleh Friar Crispus Mosinoh, OFM kepada Sdra Peter Teh dari Pelayanan Penjara Keuskupan Pulau Pinang.

Salah seorang peserta, Melissa Nithianathan mengongsikan sesi-sesi refleksi amat memberikan inspirasi dan memahami kerohani pembuatan sabun yang sama seperti kita berjalan bersama dengan Tuhan.

“Saya juga belajar untuk tentang kesabaran dalam proses membuat sabun dan sangat gembira dapat bekerjasama dengan umat dari pelbagai usia.”

Anne Wong pula mengatakan, “Ini adalah projek yang mulia kerana ia mendorong kita untuk mengingati mereka yang sedang dipenjarakan, yang memerlukan perhatian dan doa-doa kita. Semoga dengan pemberian sabun dan perhatian daripada kita, mereka tidak berasa ditinggalkan dan dikecualikan.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments