1-6 Ogos tarikh WYD di Lisbon, Portugal

Gereja Katolik telah mengumumkan bahawa Hari Orang Muda Sedunia (WYD) berikutnya akan diadakan di Lisbon, Portugal. Hari kaum muda Katolik terbesar di dunia itu akan berlangsung pada 1-6 Ogos, 2023.

Oct 09, 2021


LISBON, Portugal: Gereja Katolik telah mengumumkan bahawa Hari Orang Muda Sedunia (WYD) berikutnya akan diadakan di Lisbon, Portugal. Hari kaum muda Katolik terbesar di dunia itu akan berlangsung pada 1-6 Ogos, 2023.

“Kami berharap bahawa waktu selama 22 bulan menuju WYD itu mungkin menjadi waktu pewartaan Injil bagi semua,” kata Kardinal Manuel Clemente, Patriark Lisbon, saat mengumumkan acara itu pada 4 Oktober.

Hari Orang Muda Sedunia dibentuk oleh Sri Paus Yohanes Paulus II pada tahun 1985. Pertemuan yang berlangsung selama seminggu biasanya menarik ratusan ribu orang muda dari seluruh dunia.

Acara antarabangsa itu biasanya diadakan di benua yang berbeza setiap tiga tahun dengan kehadiran Bapa Suci.

Sri Paus Fransiskus mengumumkan bahawa ibu kota Portugal akan menjadi tuan rumah pertemuan kaum muda Katolik global pada Misa penutupan WYD terakhir di Kota Panama pada Januari 2019 lalu.

Lisbon, sebuah kota berpenduduk 505,000 orang, berjarak sekitar 75 batu dari Fatima, salah satu pusat ziarah Maria yang paling banyak dikunjungi di dunia manakala kisah tiga orang kanak-kanak kudus, Jacinta, Lucia dan Francesco, yang melihat penampakan Bonda Maria, amat terkenal di seluruh dunia.

Sebuah laporan tentang Orang Muda Eropah dan Agama, yang diterbitkan pada tahun 2018, mendapati bahawa Portugal memiliki bilangan kehadiran Misa mingguan tertinggi di kalangan kaum muda di Eropah.

Komiti penganjur acara di Lisbon mengatakan bahawa mereka memutuskan untuk mengumumkan tarikh pada 4 Oktober sempena Pesta Santo Fransiskus dari Assisi.

Hari Orang Muda Sedunia di Lisbon pada mulanya dijadualkan pada Ogos 2022, tetapi Vatikan mengumumkan menunda acara tersebut selama satu tahun kerana pandemik virus corona.

Uskup yang memantau persiapan World Youth Day 2023 mengatakan kepada CNA dalam sebuah wawancara awal tahun ini bahawa acara tersebut akan menjadi kesempatan untuk memperbaharui harapan setelah pandemik virus corona.

“Saya berharap WYD Lisbon 2023 akan menjadi perayaan dari dan untuk semua orang dan dapat memberi kesempatan untuk memperbaharui harapan pada masa pasca pandemik,” kata Uskup Américo Manuel Alves Aguiar. — LiCAS.news

Total Comments:0

Name
Email
Comments