15 seminarian dilantik ke pelayanan Alkolit dan Lektor

Kolej St Peter telah mengadakan Majlis Kesyukuran tahunan “Friends of St Peter’s” pada Nov 3 dengan Perayaan Ekaristi. Dalam majlis ini, seramai 15 orang seminarian telah dilantik sebagai Lektor dan Alkolit.

Nov 25, 2022

Para seminarian yang dilantik ke pelayanan Alkolit dan Lektor bergambar bersama Uskup Joseph Hii.


KUCHING:
Kolej St Peter telah mengadakan Majlis Kesyukuran tahunan “Friends of St Peter’s” pada Nov 3 dengan Perayaan Ekaristi. Dalam majlis ini, seramai 15 orang seminarian telah dilantik sebagai Lektor dan Alkolit.

Misa Kudus dirayakan di Katedral St Joseph, sebagai ucapan terima kasih kepada para dermawan seminari, yang dikenali sebagai ‘Friends of St Peter’s.’

Turut menyertai para sahabat St Peter ini ialah para seminarian, kakitangan kolej, religious dan saudara-mara para calon yang datang ke Kuching bagi menyaksikan majlis ini.

Sembilan calon yang dilantik ke Pelayanan Lektor ialah Addie Frank Anak Lingge (Kuching), Anthony Robert a/l Peter dan Philip a/l Asirwalam (Kuala Lumpur), Brywinedren Godon dan Timothy Ivan Galisin (Keningau), Scany Polycarp, Adrian Linus Lojikip dan Yoseph Jup Matias (Kota Kinabalu) serta Joel Rut Markus (Miri).

Enam calon yang diangkat ke Pelayanan Alkolit pula ialah Canisius Benjamin (Kota Kinabalu), Dannie Luis Anak Romanus (Kuching), Jonathan Andrew Rao a/l James (Kuala Lumpur), Nelbart Peter (Keningau), Pierre Chang Ming Lung (Melaka-Johor) dan Ricki Boy Bin Hasim (Sandakan). Misa Kudus dipimpin oleh Uskup Joseph Hii dari Sibu, dibantu oleh Fr Galvin Ngumbang, Fr Nicholas Ng, Msgr Gilbert Lasius Duuk, Fr Adrian Kho, Fr Paul Ling, Fr Francis Dakun, Fr Davie Entalai dan Fr Michael Dass.

Selepas Misa, para Lektor dan Alkolit yang baru dilantik, menerima sijil mereka daripada Uskup semasa majlis makan malam di Kolej.

Total Comments:0

Name
Email
Comments