Petikan Kitab Suci untuk yang broken heart

Seorang penulis, Washington Irving berkata, “Cinta tidak pernah hilang. Jika cinta itu tidak dibalas, ia akan mengalir kembali dan melembutkan serta menyucikan hati.”

Feb 11, 2024

Pernahkah anda mengalami perpisahan, atau kecewa dengan seseorang atau sesuatu dalam hidup anda?

Seorang penulis, Washington Irving berkata, “Cinta tidak pernah hilang. Jika cinta itu tidak dibalas, ia akan mengalir kembali dan melembutkan serta menyucikan hati.”

Apabila kita melalui fasa patah hati, kita perlu menghadapinya dengan sabar, dan yakin bahawa keadaan akan menjadi lebih baik. Siapakah yang dapat menghibur hati kita lebih baik daripada Tuhan sendiri?

Tuhan ingin menyembuhkan hati anda yang terluka dengan kata-kata kebenaran dan kehidupan-Nya. Bukalah Alkitab anda dan ingatlah bahawa Tuhan adalah sumber cinta yang tidak pernah habis. Adakah anda bersedia untuk membuka pintu hati anda kepadanya?

Berikut adalah beberapa petikan dari Kitab Suci yang boleh memberi anda harapan dan kekuatan dalam situasi ini:

“TUHAN itu dekat kepada orang-orang yang patah hati, dan Dia menyelamatkan orang-orang yang remuk jiwanya. -- Mazmur 34:18.

“Dia menyembuhkan orang-orang yang patah hati dan membalut luka-luka mereka” -- Mazmur 147:3.

“Demikianlah TUHAN adalah tempat perlindungan bagi orang yang terinjak, tempat perlindungan pada waktu kesesakan. — Mazmur 9:10. Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada- Nya, sebab Dia yang memelihara kamu. -- 1 Petrus 5:7.

“Nantikanlah TUHAN! Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu! Ya, nantikanlah TUHAN! ” -- Mazmur 27:14.

Berjalan bersama Maria Ratu Dukacita
Setiap daripada kita mempunyai salib yang berbeza untuk dipikul. Oleh itu, bersikap baiklah pada semua orang kerana semua kita mempunyai kesusahan sendiri.

Apa pun salib atau penderitaan anda, berdoalah kepada Santa Perawan Maria Ratu Dukacita dan Puteranya kerana hanya Yesus yang dapat mengangkat beban salib kita.

Berikut merupakan doa kepada Maria Ratu Dukacita menurut Sto Alfonsus Maria de Liguori:

Ya Santa Perawan yang berduka,
ya jiwa yang mulia dalam keutamaankeutamaan,
seperti nyata dalam
dukacitamu; keduanya, yang satu
dan yang lainnya, memancar dari
kobaran api yang bernyala-nyala
dalam hatimu kerana Tuhan, satusatunya
kekasih hatimu!
Bonda, berbelas-kasihanlah
kepadaku, yang belum mengasihi
Tuhan tetapi begitu sering menghina-
Nya. Dukacitamu,
sungguh, meyakinkanku akan
pengampunan, namun itu saja tidak cukup.
Aku rindu mengasihi Tuhan. Siapakah
gerangan yang dapat memperolehkan
rahmat itu bagiku jika bukan engkau, yang
adalah Bonda dari Kasih yang
Mahakudus!
Ya Maria, engkau menghibur semua
orang; anugerahilah aku juga dengan
penghiburan-penghiburanmu.
Amen.

Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu... kerana Aku lemah lembut dan jiwamu akan mendapat ketenangan (Matius 11:28-29).

Total Comments:0

Name
Email
Comments