Persatuan Peguam Katolik sambut Misa Roh Kudus

Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur meraikan Misa Roh Kudus ke-30 mereka, atau lebih dikenali sebagai Votive Mass pada Januari 13 lalu di Gereja Divine Mercy.

Feb 11, 2024


SHAH ALAM: Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur meraikan Misa Roh Kudus ke-30 mereka, atau lebih dikenali sebagai Votive Mass pada Januari 13 lalu di Gereja Divine Mercy.

Misa ini disambut setiap tahun untuk menguduskan dan mendoakan ahli-ahli Persatuan Peguam Katolik dan semua pengamal Undang-undang serta memperingati Sto Hilary dari Poitiers, salah seorang doktor Gereja dan santo pelindung bagi para peguam.

Sempena tahun ke-30 dan sebagai sebuah pertubuhan berdaftar, Persatuan Peguam Katolik meneruskan tumpuannya untuk mewujudkan kesedaran awam, melindungi hak dan kepentingan kanak-kanak di Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Misa Roh Kudus itu dipimpin oleh Nunsio Apostolik ke Malaysia, Uskup Agung Wojciech Za?uski. Prelatus itu menggesa hadirin untuk menumpukan perhatian kepada peribadi Yesus dan mengekalkan iman yang kuat seperti ditunjukkan oleh Tuhan Yesus Kristus dalam melaksanakan misi keadilan dalam kehidupan seharian dan menekankan konsep demokrasi dalam komuniti dan memperjuangkan ke-amanan dunia.

Turut merayakan Misa bersama Uskup Agung Wojciech Za?uski ialah Uskup Agung Julian Leow, Fr Gregory Chan, Fr Michael Dass dan Fr Simon Labrooy.

Misa telah dipersiapkan dan dijalankan dengan penuh semangat oleh beberapa peguam sendiri yagn terdiri daripada ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan/ mantan presiden Persatuan dan juga Peguam Muda Katolik yang mengambil peranan sebagai pembaca, koir, penyambut jemaat dan pembawa persembahan.

Persatuan Peguam Katolik berharap agar semua ahlinya akan terus menyokong Persatuan dalam semua program dan inisiatifnya yang penting.

Misa Roh Kudus diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan di Wisma CNI yang terletak dalam kawasan Gereja.

Total Comments:0

Name
Email
Comments