2024: 13 misionari telah terbunuh

Kebanyakan daripada 13 misionari Katolik yang terbunuh pada 2024 diserang semasa rompakan dan serangan sengaja yang disasarkan kepada pekerja Gereja, kata sebuah agensi Vatikan.

Jan 11, 2025


VATIKAN:
Kebanyakan daripada 13 misionari Katolik yang terbunuh pada 2024 diserang semasa rompakan dan serangan sengaja yang disasarkan kepada pekerja Gereja, kata sebuah agensi Vatikan.

Lapan orang paderi dan lima orang awam terbunuh tahun ini, kata Fides, agensi berita Pontifical Mission Societies dalam laporan tahunannya pada Disember 30, 2024.

Enam terbunuh di Afrika, lima di Amerika Tengah dan dua terbunuh di Eropah. Tiada misionari Katolik terbunuh di Asia tahun ini. Salah seorang yang terbunuh ialah Juan Antonio López, penyelaras pelayanan pastoral sosial di Keuskupan Trujillo, Honduras.

“Dari 2000 hingga 2024, sejumlah 608 misionari dan pekerja pastoral terbunuh,” kata Fides. Kematian dua katekis di Burkina Faso merupakan sebahagian daripada keganasan anti-Kristian berterusan yang dicetuskan oleh pemberontak jihad di negara itu.

Pada bulan April, katekis Edouard Zoetyenga Yougbare telah diculik dan dibunuh berhampiran Saatenga. Pada bulan September, di Congo timur yang dilanda keganasan, Edmond Bahati Monja, penyelaras Radio Maria/Goma, maut akibat diserang oleh puak militan.

Friar Fransiskan, Juan Antonio Llorente meninggal dunia pada November selepas seorang lelaki bersenjatakan kayu dan botol kaca memecah masuk ke biaranya di Gilet, Sepanyol. Lelaki itu juga memukul beberapa orang biarawan lain.

Juga pada bulan November, di Szczytno, Poland, seorang perompak memecah masuk ke dalam rumah paderi dengan bersenjatakan kapak. Dia menyerang Fr Lech Lachowicz, 72, meninggal dunia pada hari berikutnya akibat kecederaan di bahagian kepala. --Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments