25 Disember Perayaan Dewa Matahari?

Pada tarikh 25 Disember tahun 274, Kaisar Aurelius menetapkan 25 Disember sebagai pesta Dewa Matahari. Tindakan Kaisar Aurelius itu sebenarnya lebih merupakan usaha politik, untuk merangkul dan menyatukan pelbagai aliran kepercayaan yang ada waktu itu di bawah pesta tahunan kelahiran Matahari.

Dec 04, 2021

Dari mana disimpulkan bahawa Yesus lahir pada 25 Disember? Apakah benar bahawa perayaan 25 Disember adalah perayaan Dewa Matahari? — Ben

Jawaban: Pertama, harus diakui bahawa dari Kitab Suci kita tidak dapat menyimpulkan tentang bila Yesus dilahirkan. Kitab-kitab Injil tidak memberikan indikasi tentang waktu yang tepat. Dari Injil Lukas, para ahli dapat menyimpulkan bahawa Yesus dilahirkan antara tahun enam sampai delapan Sebelum Masihi.

Meskipun kalendar kita disebut kalendar Masihi, yang mengandaikan Yesus dilahirkan pada tahun satu, tetapi para ahli menyimpulkan bahawa Yesus seharusnya dilahirkan antara rentang waktu tersebut. Tentang bulan dan tarikh kelahiran Yesus, kita tidak dapat menentukan apa-apa dari Kitab Suci.

Kedua, William J. Tighe, lektor ketua jurusan sejarah dari Muhlenberg College (bdk. “Calculating Christmas,” dalam Touchstone, Disember 2003), berpendapat bukti-bukti menunjukkan, bahawa sudah sejak abad II atau III, orang-orang Kristian baik di Timur (Yunani) mahupun di Barat (Latin) berusaha menentukan tarikh kelahiran Yesus, lama sebelum mereka merayakannya secara liturgi.

Penetapan kelahiran Yesus ini merupakan akibat langsung dari penetapan waktu wafat-Nya. Kepercayaan Yudaisme yang ada pada zaman Kristus, mengatakan bahawa para nabi Israel wafat pada tarikh yang sama dengan tarikh kelahiran atau kehamilannya. Gagasan ini adalah faktor kunci untuk mengerti bagaimana orang-orang Kristian awal percaya, bahawa kelahiran Kristus terjadi pada 25 Disember. Bagaimana menetapkan tarikh wafat Yesus? Menurut Injil Yohanes, Yesus wafat sehari sebelum malam Paskah Yahudi.

Dipercayai bahawa kematian Yesus terjadi pada tarikh 14 Nisan menurut kalendar lunar Yahudi, atau 6 April menurut kalendar Mesir atau 25 Mac menurut kalendar Yulian (kemudian menjadi kalendar kita).

Ketiga, orang-orang Kristian perdana menerapkan kedua tarikh pada Yesus Kristus, iaitu 6 April dan 25 Mac sebagai tarikh wafat Yesus tetapi juga sebagai tarikh kelahiran atau kehamilan. Lamalama, kedua-dua tarikh tersebut lebih dilihat sebagai tarikh kehamilan.

Masa kehamilan dihitung sembilan bulan. Maka kelahiran Yesus dirayakan sembilan bulan sesudah 25 Mac atau 6 April, iaitu pada 25 Disember di Gereja Latin (Barat) atau 6 Januari di Gereja Yunani (Timur).

Tarikh 25 Disember (menurut kalendar Yulian) atau 6 Januari (menurut kalendar Mesir) adalah saat solstice masa dingin (winter), iaitu saat masa siang hari mulai lebih panjang daripada masa malam hari di dunia bahagian utara.

Keempat, di Roma ada dua kuil yang dibaktikan kepada Dewa Matahari. Pesta Dewa Matahari dirayakan pada 9 Ogos dan 28 Ogos. Kedua-dua pesta ini tidak lagi dirayakan sejak abad II. Pada saat itu, tidak ada pesta religius yang dikaitkan dengan “titik balik matahari” (solstice, 21 Disember) dan masa siang dan malam sama panjangnya (equinox).

Pada tarikh 25 Disember tahun 274, Kaisar Aurelius menetapkan 25 Disember sebagai pesta Dewa Matahari. Tindakan Kaisar Aurelius itu sebenarnya lebih merupakan usaha politik, untuk merangkul dan menyatukan pelbagai aliran kepercayaan yang ada waktu itu di bawah pesta tahunan kelahiran Matahari.

Kekaisaran yang dipimpinnya waktu itu sedang mengalami kemerosotan kerana pelbagai pemberontakan, serangan-serangan musuh, penurunan ekonomi yang tajam. Penetapan tarikh 25 Disember itu merupakan ungkapan simbolik harapan kembalinya kejayaan Kekaisaran, iaitu bahawa siang hari dalam Kekaisarannya akan semakin panjang dan malam hari semakin singkat.

Kelima, dengan huraian ini, Tighe menyimpulkan bahawa orang-orang Kristian sudah lebih dahulu memilih tarikh 25 Disember itu sebagai perayaan kelahiran Yesus dan barulah kemudiannya tarikh itu digunakan sebagai perayaan Dewa Matahari. Maka, merekalah yang mencuri perayaan tarikh 25 Disember itu dari orang Kristian dan bukan sebaliknya. — Fr Dr Petrus Maria Handoko CM, hidupkatolik

Total Comments:0

Name
Email
Comments