500,000 pekerjaan ‘hilang’ di bawah pentadbiran Taliban

Lebih setengah juta orang dianggarkan telah kehilangan pekerjaan di Afghanistan dalam tempoh lima bulan di bawah pemerintahan Taliban, kata sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 19 Januari lalu.

Jan 21, 2022

Wanita Afghanistan di pusat latihan jahitan di Kabul


KABUL:
Lebih setengah juta orang dianggarkan telah kehilangan pekerjaan di Afghanistan dalam tempoh lima bulan di bawah pemerintahan Taliban, kata sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 19 Januari lalu.

“Berikutan perubahan dalam pentadbiran di Afghanistan selepas peristiwa pertengahan Ogos 2021, krisis yang berlaku telah melumpuhkan ekonomi dan terus memberi kesan buruk kepada pasaran buruh,” kata Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) PBB.

Ringkasnya, prospek pekerjaan di Afghanistan, mencatatkan kerugian besar dalam pekerjaan dan waktu bekerja.

ILO berkata, “Kehilangan pekerjaan dijangka meningkat kepada hampir 700,000 menjelang suku kedua 2022, kerana perusahaan bergelut untuk kekal berdaya maju. Golongan pekerja wanita paling terkesan, kehilangan pekerjaan boleh meningkat kepada lebih 900,000 pekerjaan menjelang suku kedua 2022.”

Lebih-lebih lagi kerja dalam sektor utama semakin terhad manakala sekatan baharu yang dikenakan oleh Taliban terhadap pekerja wanita dalam beberapa bidang ekonomi juga semakin meningkat dan memburukkan keadaan.

"Beratus-ratus ribu kehilangan pekerjaan dalam beberapa sektor utama yang telah “hancur” sejak Taliban mengambil alih Afghanistan," kata ILO. Ini termasuk pertanian, pentadbiran awam, perkhidmatan sosial dan pembinaan, pertanian, dan perkhidmatan awam, di mana pekerja sama ada telah diberhentikan atau dibiarkan tanpa gaji.

Kekurangan pekerjaan juga memburukkan situasi buruh kanak-kanak di Afghanistan, di mana hanya 40 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun.

Sebilangan besar kanak-kanak tidak bersekolah mahupun bekerja dan sembilan peratus daripada kumpulan umur ini terlibat dalam buruh kanak-kanak.

Dalam jumlah mutlak, ILO menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 770,000 kanak-kanak lelaki dan kira-kira 300,000 kanak-kanak perempuan terlibat dalam buruh kanak-kanak. 
mengekalkan perkhidmatan penting, dan memelihara pelaburan sosial dan sistem peringkat komuniti yang penting untuk memenuhi keperluan asas manusia.

Bagi menyokong strategi ini, ILO telah berjanji untuk bekerjasama dengan majikan dan kesatuan sekerja untuk menggalakkan pekerjaan yang produktif dan kerja yang baik.

Agensi PBB memberi tumpuan kepada empat bidang utama: perkhidmatan pekerjaan kecemasan, pelaburan intensif pekerjaan, promosi perusahaan dan pembangunan kemahiran, sambil menghormati hak pekerja, kesaksamaan jantina, dialog sosial, perlindungan sosial, penghapusan buruh kanak-kanak dan kemasukan orang kurang upaya. -- media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments