550 peserta dijangka hadir Perhimpunan Pastoral Semenanjung Malaysia Ogos ini

Kira-kira 550 peserta dari keuskupan Pulau Pinang dan Melaka Johor, serta Keuskupan Agung Kuala Lumpur, akan menghadiri Perhimpunan Pastoral bagi Wilayah Semenanjung Malaysia 2024 (RPA2024), yang bakal diadakan di Pusat MAJODI di Plentong, Johor, pada Ogos 25 hingga 27.

Jul 26, 2024


KUALA LUMPUR: Kira-kira 550 peserta dari keuskupan Pulau Pinang dan Melaka Johor, serta Keuskupan Agung Kuala Lumpur, akan menghadiri Perhimpunan Pastoral bagi Wilayah Semenanjung Malaysia 2024 (RPA2024), yang bakal diadakan di Pusat MAJODI di Plentong, Johor, pada Ogos 25 hingga 27.

RPA2024 merupakan persiapan perjalanan menuju Konvensyen Pastoral Malaysia 2026 (MPC2026).

MPC2026 mewakili visi para Uskup Malaysia yang mahu semua keuskupan Katolik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berhimpun sebagai paderi, agamawan dan awam untuk meraikan, mendengar dan berjalan masuk di dalam terang Tuhan (rujuk Yesaya 2:2-5).

Perjalanan MPC2026 ini dimulakan dengan Proses Sinodal bermula tahun 2020.

Pertama, Sri Paus Fransiskus menyeru Gereja Katolik menuju jalan sinodaliti pada tahun 2022. Seruan sinodaliti adalah seruan bagi Gereja Katolik untuk "berjalan bersama," menegaskan semula perjalanan Gereja Semenanjung yang bermula dengan Aggiornamento 1976.

Proses 1976 menggambarkan secara tepat Gereja Katolik Malaysia yang berusaha mencari cara untuk “perjalanan yang lebih baik” secara bersama, melalui lima perhimpunan keuskupan dan kemudiannya di peringkat serantau, yang diadakan setiap dekad untuk mengkaji semula proses 1976.

Sehubungan dengan ini, RPA2024 merupakan bahagian penting dalam perjalanan ke arah MPC2026. MPC2026 bukanlah destinasi terakhir tetapi platform bagi Gereja Semenanjung Malaysia (PMC) untuk mula beralih ke arah menjadi satu Gereja yagn tidak terpisah dengan Sabah dan Sarawak.

Empat bidang menjadi fokus utama setiap keuskupan menjelang 2026: Gereja, Keluarga, Komuniti dan Ekologi.

Sejak 2022, semua keuskupan telah menerima pakai proses sinodal. Kaedah “Perbualan dalam Roh” akan digunakan, memastikan semua peserta melibatkan diri dalam doa untuk memahami idea atau soalan yang dikemukakan melalui buku kecil atau e-buku kecil yang disediakan beberapa minggu sebelum RPA.

Buah-buah RPA2024
Diharapkan bahawa proses kebijaksanaan akan mencapai tiga perkara: Pertama, menawarkan panduan untuk hala tuju pastoral dalam membina Gereja tempatan kita dalam empat bidang yang menjadi fokus utama.

Kedua, menangani isu-isu di Sabah dan Sarawak, yang akan dibawa ke MPC2026. Akhir sekali, memulakan perjalanan dan perbualan dalam semangat menghargai dan kasih sayang untuk apa yang dimaksudkan sebagai Gereja tempatan atau Malaysia.

Merayakan, Mendengar dan Berjalan Bersama
Tema RPA, “Meraikan, Mendengar, dan Berjalan Bersama dalam Semangat Perpaduan, Penyertaan dan Misi mengungkapkan elemen utama yang dicetuskan pada tahun 1976 dan semangat sinodaliti”.

RPA akan menekankan kepentingan untuk meraikan iman bersama, mendengar pelbagai suara dalam Gereja dan masyarakat, dan berjalan bersama sebagai penziarah dalam perjalanan iman sambil mendengar Roh Kudus.

Semua keuskupan di Malaysia mendoakan perjalanan kita ke arah MPC2026 dan semua buah-buah yang akan terhasil daripadanya. Para peserta RPA dijangka akan menyumbang idea-idea bijaksana dalam sejarah Gereja Katolik Malaysia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments