ABMA anjur program kerohanian komuniti di Port Dickson
Archdiocesan Bahasa Malaysia Apostolate (ABMA) sekali lagi melanjutkan program jangkauannya kepada umat Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM) di Gereja Immaculate Conception (CIC) di Port Dickson pada Julai 7 dan 8 lalu.
Jul 26, 2024
PORT DICKSON, Negeri Sembilan: Archdiocesan Bahasa Malaysia Apostolate (ABMA) sekali lagi melanjutkan program jangkauannya kepada umat Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM) di Gereja Immaculate Conception (CIC) di Port Dickson pada Julai 7 dan 8 lalu.
Seramai 30 peserta dari KUBM CIC telah menyertai Program Pengalaman Kerohanian Komuniti, yang bertujuan memberi pendedahan bagaimana ahli dalam sesebuah komuniti, dapat saling bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Program ini diketuai oleh Sr Stella Gilbert, FSIC.
Sebelum itu, Sdra Egbert Adolf memberi serba-sedikit penerangan tentang visi dan misi serta peranan ABMA dalam pembangunan komuniti KUBM di Keuskupan Agung Kuala Lumpur.
Dalam sesi kedua dan ketiga, para penceramah memberi perkongsian bagaimana setelah mengenal dan menerima Yesus dalam kehidupan mereka, hidup mereka telah ditransformasi. Perbincangan dalam kumpulan diadakan pada akhir setiap sesi.
Sebelum sesi terakhir, Sdri Elena Woo mengajak para peserta melihat kepada cabaran-cabaran yang hadir dalam kehidupan kita dan bagaimana mengatasinya.
Sdra Walter Victor Dumbong dan Egbert pada sesi akhir, membantu setiap umat KUBM CIC demi kelancaran dan pelayanan yang lebih efektif.
Para peserta juga dibekalkan dengan kit program bagi membantu mereka mengikuti program ini dengan lebih efektif.
Kehadiran paderi paroki, Fr Edwin Peter, di sepanjang sesi program turut memberi motivasi kepada setiap ahli yang hadir.
Fr Edwin juga menyatakan harapan beliau agar para belia akan menjadi lebih aktif dalam pelayanan di Gereja. — Elena Woo
Total Comments:0