Acara ekumenikal satukan gereja-gereja Kristian

Komisi Hal Ehwal Ekumenikal dan Antara Agama (AMEIA) Keuskupan Agung Kuala Lumpur telah menganjurkan perhimpunan ekumenikal bertemakan You are the Light of the World, di Gereja St Francis Xavier baru-baru ini.

Aug 02, 2024


PETALING JAYA: Komisi Hal Ehwal Ekumenikal dan Antara Agama (AMEIA) Keuskupan Agung Kuala Lumpur telah menganjurkan perhimpunan ekumenikal bertemakan You are the Light of the World, di Gereja St Francis Xavier baru-baru ini.

Acara itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Gereja-gereja Malaysia dan National Evangelical Christian Fellowship, turut dihadiri Uskup Agung Julian Leow dan perwakilan daripada pelbagai paroki di Keuskupan Agung Kuala Lumpur serta Gereja Kristian lain.

Perhimpunan dimulakan dengan acara alu-aluan meriah yang menampilkan shofars dari CrossOver Alliance Shofarists dan tarian memuji Tuhan dari Shekinah Glory Praise.

Dalam acara itu juga, Uskup Agung Julian menyampaikan renungan Firman Tuhan. Prelatus itu menyeru para hadirin untuk “Pergi dan jadilah Terang”, berkongsi dengan murah hati, menghapuskan kemarahan, kejahatan, dan penindasan.

Kemudian, Fr Xavier Andrew, Penolong Ecclesiastical untuk AMEIA, menyampaikan penerangan singkat tentang keseluruhan aktiviti dan inisiatif AMEIA.

Josephine Tey, dari Pejabat Pembangunan Manusia Keuskupan Agung KL menekankan usaha mereka dalam mengalu-alukan, melindungi, mempromosi, dan mengintegrasikan migran, orang yang berpindah randah dan pelbagai kaum di Keuskupan Agung KL.

Richard Chong dari Barnabas Aid menyatakan inisiatif mereka dalam membantu pendatang Kristian dari dalam dan luar negara. Acara ini diakhiri dengan lakonan oleh SKIT dari Gereja Jesus Caritas.

Total Comments:0

Name
Email
Comments