ACMI anjur program kesihatan percuma untuk para migran

Komiti Pelayanan Migran Dan Perantau Paroki Penampang (KPMP/ACMI) telah mengadakan program Saringan Kesihatan untuk para migran di Gereja St Aloysius Limbanak pada 8 Mei, serentak dengan lawatan daripada Komisi Pelayanan Migran Keuskupan Kota Kinabalu (ACMI).

May 13, 2022

PENAMPANG:

Saringan Kesihatan ini telah dikendalikan oleh sukarelawan Dr Aloysius Tan, Dympnah Ubing serta beberapa doktor dan jururawat Katolik dari Catholic Nurses Guild Kota Kinabalu.

Seramai 60 orang telah mengikuti program ini termasuk 36 anggota migran dari sekitar Penampang.

Dominic Lim, Koordinator ACMI, menjelaskan bahawa Gereja prihatin kepada semua insan tanpa mengambil kira status sosial, kewarganegaraan dan latar belakang sebab setiap insan berharga di mata Tuhan.

Selain mendapat rawatan kesihatan, para migran juga menerima pelitup muka dan Kit Ujian Covid-19 dari pihak ACMI.
Perbualan daripada beberapa anggota migran yang hadir menggambarkan bahawa pengamalan ini menunjukkan Gereja mengambil peduli keadaan yang dialami oleh para migran.

Kata mereka lagi aktiviti seperti ini dapat mengeratkan perhubungan sesama umat tempatan dan migran setelah lama berada dalam keadaan pandemik. — Grace Jintuil, ACMI

Total Comments:0

Name
Email
Comments