Adven: Kesempatan kembali bersatu dengan Imanuel

Masa Adven mempunyai dua sifat dan tujuan. Pertama: Adven adalah masa persiapan untuk menyambut perayaan Krismas, di mana kita umat dingatkan kembali tentang kedatangan Yesus yang pertama kali ke dunia.

Nov 25, 2022

Saudara-saudari yang saya kasihi dalam Kristus, Perayaan Hari Minggu Kristus Raja merupakan kemuncak Tahun Liturgi Tahun C dalam Kalendar Gereja kita. Pada Nov 27, 2022 kita merayakan Hari Minggu Adven yang Pertama.

Masa Adven mempunyai dua sifat dan tujuan. Pertama: Adven adalah masa persiapan untuk menyambut perayaan Krismas, di mana kita umat dingatkan kembali tentang kedatangan Yesus yang pertama kali ke dunia.

Kedua, masa Adven ini juga adalah kesempatan kita umat diingatkan tentang kedatangan Yesus yang kedua kalinya. Oleh itu bolehlah kita simpulkan bahawa masa Adven adalah kesempatan rahmat bagi kita untuk memahami dan mengungkapkan iman, pengharapan dan kasih kita kepada Yesus.

Kita bersyukur kerana adanya masa Adven ini memberi kesempatan baik bagi kita untuk mengambil masa menyatukan diri kita kembali dengan Yesus yang adalah Imanuel, “Tuhan berserta kita” (Mat. 1:23), namun sering kali diabaikan atau dilupakan kerana kesibukan harian kita.

Masa Adven inilah kesempatan baik bagi kita mengungkapkan kesyukuran atas penyertaan dan kehadiran Tuhan di tengah-tengah kita (Yoh. 1:14).

Saudari-saudari, dunia alam maya masa kini yang dibawa oleh arus kemajuan teknologi membuai masa kebanyakan orang, sehingga lalai dan hampir tidak ada masa untuk Tuhan, sesama dan alam ciptaan-Nya.

Oleh itu dalam masa Adven ini, kita diajak supaya mengambil sikap dan budaya senantiasa ‘berwaspada’.

Dengan adanya kesedaran seperti ini maka kita umat yang ‘berjalan bersama’ boleh berbangga dengan identiti Kristiani kita, komited dengan misi kita bersaksi bagi Kristus dan yakin dengan destinasi hidup kita yang dijamin oleh Yesus, “Jalan, Kebenaran dan Hidup” (Yoh. 14:6).

Sebagai anggota-anggota Gereja kita diutus melayani Kerajaan Tuhan walau di manapun berada agar damai, kasih dan keadilan menguasai hidup kita manusia.

Setiap kita dituntut bertanggungjawab terhadap kebajikan sesama kita manusia dan alam ciptaan Tuhan, namun tanpa kehadiran Tuhan dalam diri, keluarga dan masyarakat kita, kita tidak akan mampu.

Saudara-saudari marilah kita mengambil kesempatan masa Adven ini untuk membuat persiapan secara peribadi mahupun bersamasama dalam keluarga, komuniti, KKD, KUK, ZON dan Paroki memberi tempat bagi Yesus dalam hati kita kerana hanya Dialah ungkapan cinta kasih Tuhan yang sepatutnya menjadi sumber, alasan dan tujuan perayaan Krismas yang sedang kita nantikan.

Selamat Adven
Uskup Cornelius Piong
15hb November 2022

Total Comments:0

Name
Email
Comments