Ajakan utamakan KELUARGA, alam sekitar sempena UTK-30 di Kuala Penyu

“Tumpukan perhatian kepada keluarga kerana semuanya bermula dengan keluarga. Masyarakat bermula dengan keluarga.

Jun 09, 2023


KUALA PENYU: “Tumpukan perhatian kepada keluarga kerana semuanya bermula dengan keluarga. Masyarakat bermula dengan keluarga. Baik dan buruk juga bermula dengan keluarga. Fikirkan cara mengendali cabaran dalam keluarga tetapi jangan sesekali melepaskan Tuhan kerana hanya dengan Tuhan, kita tidak kehilangan kemanusiaan,” kata Uskup Cornelius Piong dalam homilinya sempena sambutan Ulang Tahun Keuskupan Keningau Ke-30, pe-ringkat paroki St Peter, Bundu.
UTK-30 di Kuala Penyu pada tahun ini diadalah di sebuah Gereja stasi luar iaitu St Stephen, Kiaru.

Uskup Cornelius yang memimpin pe-rayaan Ekaristi, mengungkapkan kesyukuran kepada Tuhan yang sentiasa menyertai, melindungi dan terus setia berjalan bersama dengan para klerus, religius dan umat selama 30 tahun ini di Keuskupan Keningau.

Prelatus itu juga menjelaskan tujuan perayaan UTK dirayakan setiap tahun adalah supaya umat disemangati berjalan bersama Yesus Kristus dan hidup dalam kesatuan Bapa dan Roh Kudus.

Selain itu, Bapa Uskup juga menyatakan bahawa dengan berkumpul dalam perayaan seperti ini, kita bersama membangun ge-reja melalui instituisi, memelihara bumi sebagai rumah alam ciptaan Tuhan dan perlu mengambil peranan membangun masyarakat yang harmoni (tema pastoral) ciptaan Tuhan (Masyarakat Madani).

Pada akhir Misa Kudus, Pengerusi Penganjur UTK-30 Peringkat Paroki, Sdra Joseph TiamKi Panak mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana memberi sokongan dan doa untuk menyambut perayaan ini,
Paderi paroki, Fr Clement Abel, dalam ucapannya mengajak umat paroki Kuala Penyu agar menjadi cahaya dan terang bagi semua orang.

Tersentuh dengan homili Uskup Cornelius, Fr Clement mengajak umat untuk menghidupi semangat mengereja bermula dengan keluarga. Ini kerana, jika Tuhan diutamakan dipermuliakan, sudah pasti dasar iman ini akan menjadi akar kuat kehidupan rohani keluarga.

Perayaan diteruskan di dewan gereja dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan rohani bagi mengeratkan kesatuan umat. — Stella Eming

Total Comments:0

Name
Email
Comments