Anjakan paradigma penting dalam menghapus pemerdagangan manusia

“Pandemik Covid-19 membawa kesan buruk kepada hampir semua aspek kehidupan. Sekiranya penduduk tempatan terjejas teruk, apatah kaum pendatang yang lebih terdedah kepada eksploitasi dan manipulasi.”

Sep 24, 2021

KOTA KINABALU: “Pandemik Covid-19 membawa kesan buruk kepada hampir semua aspek kehidupan. Sekiranya penduduk tempatan terjejas teruk, apatah kaum pendatang yang lebih terdedah kepada eksploitasi dan manipulasi.”

Mesej ini diketengahkan semasa siri akhir Bengkel Online Perdagangan Manusia yang dianjurkan sebulan sekali bersama Komisi Pelayanan Migran dan Orang yang Berpindah Randah Keuskupan Agung Kota Kinabalu (ACMI) dan Global Shepherds Malaysia selama tiga bulan berturut-turut sejak Jun 2021.

Kira-kira 40 peserta dari keuskupan Sabah dan Sarawak menyertai Bengkel interaktif ini. Dalam siri pertamanya yang diadakan pada 26 Jun, para peserta dipimpin untuk memeriksa sikap mereka terhadap migran.

Perubahan paradigma amat penting. Xenofobia terhadap migran dan pelarian menjadikan golongan ini terpinggir semasa pandemik. Namun kita diseru untuk menyambut, mempromosi, mempertahan dan mengintegrasikan mereka ke dalam komuniti kita (Pesan Hari Sedunia untuk Migran dan Pelarian, Sri Paus Fransiskus, 2018).

Ramai orang yang mempersoalkan pesan itu namun iman Kristian menuntut kita untuk menegakkan dan mempertahankan martabat setiap orang dan bersolidariti dengan mereka yang berbeza daripada kita.

Bengkel ini juga membincangkan topik pemerdagangan manusia yang adalah sejenis kejahatan dan melanggar hak asasi manusia.

Manusia diperdagangkan tanpa kerelaan mereka melalui tindakan paksaan untuk bekerja atau memberikan perkhidmatan malah dieksploitasi dalam komersial seksual.

Pemerdagangan manusia adalah industri jenayah ketiga terbesar dan berkembang pesat di dunia, selain perdagangan dadah dan senjata. Malah ia tetap aktif semasa pandemik sehingga menyukarkan penguat kuasa untuk memantau pergerakan sindiket tersebut.

Untuk kes yang menjadi mangsa perdagangan manusia, tiga elemen “tindakan, cara, dan tujuan” harus dipenuhi. Definisi pemerdagangan manusia menyatakan bahawa harus ada bukti “pengambilan, pengangkutan, pemindahan, pengangkatan atau penerimaan orang, dengan cara ancaman atau penggunaan kekuatan atau bentuk paksaan lain, penculikan, penipuan, penipuan, dari penyalahgunaan kuasa atau kedudukan terdedah atau memberi atau menerima pembayaran atau faedah untuk mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan terhadap orang lain, untuk tujuan eksploitasi.

Bengkel berakhir pada 28 Ogos dengan mengundang para peserta untuk memainkan peranan mereka dalam dua tahun ini sebagai individu, paroki atau keuskupan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments