Apa itu pujian dan penyembahan?

Pujian dan Penyembahan dapat membantu umat menghayati Ekaristi dan iman.

Nov 18, 2022

Sesi bengkel mengenal “Pujian dan Penyembahan” bagi para pemimpin belia yang baharu dilantik. Gambar: Johnstone Jibin

 

SANDAKAN: Pujian dan Penyembahan dapat membantu umat menghayati Ekaristi dan iman.

Baru-baru ini, Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan telah mengadakan Bengkel Pujian dan Penyembahan di Bilik Persidangan Paroki.

Bengkel ini memfokuskan kepada Ahli Tim Kerasulan Belia Paroki dan juga Tim Rakan Belia Remaja yang baru sahaja dipilih baru-baru ini bagi mengenali apakah itu ‘Pujian dan Penyembahan?’

Penyampai sesi yang dijemput bagi memberi penjelasan tentang hal ini ialah dari Pelayanan Pembaharuan Karismatik Paroki, Sdra Michael Lai dan Sdra Adaris Moses Sintan.

Sdra Michael, seorang anggota Star of Yahweh Covenant Community telah mengongsikan sejarah penubuhan pelayanan karismatik di paroki Sandakan oleh mendiang Fr Tobias Chi.

Manakala Sdra Adaris pula membicarakan pengalaman beliau sebagai seorang ahli pelayanan karismatik Bahasa Malaysia.
Adaris turut menerangkan beberapa peranan dan persiapan penting sebelum memulakan pelayanan karismatik setiap minggu.

Setiap pelayan karismatik diingatkan untuk membuat persiapan terlebih dahulu agar pelayanan itu dapat membawa umat mendalami dan mengalami kasih Tuhan semasa pertemuan minggu dijalankan.

Bengkel ini juga bertujuan untuk membawa para belia melihat bakat yang ada dalam diri masing-masing kerana pelayanan belia adalah sangat luas. Sesi bengkel diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para penceramah dan sesi bergambar bersama. — Airene A Gumanas

Total Comments:0

Name
Email
Comments