Apa untungnya kaya jika selalu tergesa-gesa?

Ketika Yesus bercakap tentang memperoleh seluruh dunia dan menderita kehilangan jiwa anda sendiri, pertama, Dia bukan merujuk kepada kehidupan moral yang buruk atau mati dalam dosa lalu pergi ke neraka.

Sep 28, 2024

Fr Ron Rolheiser, “Apabila kita kaya, sibuk, tertekan, dan sibuk, sukar untuk menikmati kopi yang kita bancuh sendiri!”

Beberapa tahun yang lalu, bersama seorang paderi, kami melakukan perjalanan untuk melawat rakan kami.

Rakan kami, seorang ahli perniagaan yang berjaya, tinggal di tingkat atas sebuah apartmen yang sangat mahal yang menghadap lembah sungai di bandar Edmonton.

Pada suatu ketika dalam lawatan itu, rakan kami membawa kami keluar ke balkoni untuk menunjukkan pemandangan kepada kami. Ia adalah menakjubkan. Dari balkoni itu, kami melihat lembah sungai yang luas dan sebahagian besar bandar.

Saya dan rakan paderi saya begitu kagum dengan pemandangan itu dan memberitahu kepadanya akan perasaan kagum kami.

Berterima kasih atas pujian itu, dia berkongsi bahawa, sayangnya, dia jarang keluar ke balkoni untuk minum dan menikmati pemandangan.

Berikut adalah kata-katanya: “Sebenar-nya, saya harus memberikan tempat ini kepada beberapa keluarga miskin yang boleh menikmatinya. Saya boleh tinggal di pangsapuri bawah tanah kerana saya tidak mempunyai masa untuk menikmati ini. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya keluar ke sini untuk melihat matahari terbenam atau matahari terbit. Saya sentiasa terlalu sibuk, sentiasa tertekan, selalu tergesa-gesa.”

“Tempat ini sia-sia pada saya. Satu-satunya masa saya keluar ke balkoni ini ialah apabila saya mempunyai pelawat dan ingin menunjukkan kepada mereka pemandangan.”

Yesus pernah berkata sesuatu yang mungkin dapat dijelaskan seperti berikut: Apakah untungnya jika anda memperoleh seluruh dunia tetapi selalu sibuk dan terlalu tertekan untuk menikmatinya?

Ketika Yesus bercakap tentang memperoleh seluruh dunia dan menderita kehilangan jiwa anda sendiri, pertama, Dia bukan merujuk kepada kehidupan moral yang buruk atau mati dalam dosa lalu pergi ke neraka.

Ada peringatan yang lebih radikal dalam mesejnya.

Kita boleh kehilangan jiwa kita dengan cara lain, walaupun kita adalah orang yang baik, berdedikasi, bermoral.

Lelaki yang saya ceritakan tadi, memang seorang yang sangat baik, berdedikasi, bermoral, dan baik hati.

Tetapi dia sendiri mengakui dengan rendah hati, sedang berjuang untuk menjadi orang yang berjiwa, untuk menjadi orang kaya yang sebenar kerana dia sedar, dia sentiasa hidup dalam tekanan, kesibukan yang tidak pernah berakhir dan terus-menerus terpaksa untuk tergesa-gesa.

Tidak mudah baginya untuk bangun pada waktu pagi dan berkata, “Inilah hari yang dijadikan Tuhan, marilah kita bersukacita dan bersukacita terhadap-Nya.” Sebaliknya, Kita lebih cenderung untuk berkata: “Tuhan, lin-dungilah saya hari ini!”

Selain itu, Yesus juga ada memberitahu kita bahawa sukar bagi orang kaya untuk memasuki Kerajaan Syurga. Yesus tidak hanya merujuk kepada kekayaan material, wang, dan kemewahan, Dia tidak mengatakan kitatidak boleh kaya tetapi perlu sikap berhati-hati.

Masalahnya apabila menjadi kaya, pekerjaan atau keghairahan akan memakan kita sehingga kita jarang meluangkan masa (atau bahkan berfikir untuk meluangkan masa) untuk menikmati keindahan matahari terbenam atau menjaga kesihatan mahupun menikmati keistimewaan kita sebagai orang kaya.

Ini testimoni saya dan ini adalah salah satu perjuangan saya. Sepanjang tahun saya dalam pelayanan, saya sentiasa diberkati dengan agenda yang kaya, kerja-kerja yang penting, kerja yang saya suka.

Tetapi, jujurnya, saya perlu mengakui bahawa selama bertahun-tahun saya terlalu tergesa-gesa dan terlalu tertekan untuk menyaksikan matahari terbenam (melainkan, seperti rakan saya, saya dapat melihatnya ketika saya menunjukkan keindahan kepada pelawat).

Saya telah cuba untuk melepaskan diri daripada kesibukan ini dengan meluangkan masa untuk sendirian dan hening, berjalan kaki, retret dan cuti selama beberapa minggu setiap tahun.

Ini memang membantu tetapi tetapi saya masih terlalu ketaih bekerja, tertekan dan tergesa-gesa hampir sepanjang masa, merindukan ruang untuk tenang, untuk berdoa, untuk melihat matahari terbenam, untuk mendaki , untuk minum segelas wain atau scotch, untuk menghisap cerut dengan tenang.

Dan saya menyedari ironi di sini: Saya tergesa-gesa sehingga letih demi mengejar sedikit masa untuk berehat!

Saya bukanlah Thomas Merton, tetapi terhibur dengan caranya. Thomas seorang biarawan di sebuah biara, sering terlalu sibuk dan tertekan untuk mencari masa bersendirian.

Untuk mencari itu, dia menghabiskan beberapa tahun terakhir hidupnya di pertapaan, jauh dari biara utama kecuali merayakan Ekaristi dan Pejabat Gereja setiap hari.

Kemudian, apabila dia mendapat waktu untuk bersendirian, dia terkejut kerana mendapati betapa berbezanya daripada cara yang dia bayangkan. Beginilah kata-kata Thomas Merton dalam diarinya:

Hari ini saya ada waktu untuk bersendirian. Bagi saya, cukuplah untuk berada biasa-biasa sahaja, berasa lapar dan tidur, merasai kesejukan dan kehangatan, bangun dan tidur. Memakai selimut dan menanggalkannya, membancuh kopi dan kemudian meminumnya. Menyahbeku peti ais, membaca, bermeditasi, bekerja, berdoa. Saya hidup sebagaimana nenek moyang saya hidup di muka bumi ini, sehingga akhirnya saya mati. Amin. Tidak perlu membuat penegasan tentang hidup saya, lebih-lebih lagi tentang kehidupan saya … Saya mesti belajar untuk hidup sehingga melupakan program dan artifisial.”

Dan untuk melihat matahari terbenam dari balkoni saya!

Apabila kita kaya, sibuk, tertekan, dan sibuk, sukar untuk menikmati kopi yang kita bancuh sendiri! --Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments