Arthur John, paderi kedua dari Telupid ditahbis di Keuskupan Sandakan

Keuskupan Sandakan sukacita menerima seorang paderi baharu mengalu-alukan kehadiran seorang paderi baharu pada 3 Mei 2022.

May 13, 2022

Paderi yang baharu ditahbis, Fr Arthur John bersama Uskup Julius Dusin Gitom dan keluarga.


TELUPID, Sandakan:
Keuskupan Sandakan sukacita menerima seorang paderi baharu mengalu-alukan kehadiran seorang paderi baharu pada 3 Mei 2022.

Uskup Julius Dusin Gitom mentahbis Diakon Arthur John, 31 ke martabat Imamat di Gereja Sto Martin, Telupid.

Bapa Uskup menyatakan, ini akan menjadi permulaan pelayanan Arthur untuk melayani umat Tuhan. Prelatus itu menyeru para umat agar mendoakan atau mempersembahkan anak-anak mereka agar berani menyahut panggilan Tuhan melayani di ladang-Nya.

Ritus Pentahbisan dimulakan selepas pembacaan Injil oleh Diakon Gerald Terence Saimel OFM. Fr Simon Kuntou mempersembahkan calon paderi kepada Uskup Julius dan untuk ditahbis.

Semasa menyampaikan amanatnya kepada calon paderi, Uskup Julius berpesan agar Arthur mempergunakan tenaganya untuk mengajar dalam nama Kristus, mengongsikan firman Tuhan dengan seluruh umat Tuhan dan mengajar iman yang diimaninya.

“Jadikan doktrin yang engkau ajarkan sebagai pemupuk bagi umat Tuhan, biarlah teladan hidupmu menarik para pengikut Kristus, agar melalui perkataan dan tindakan anda dapat mendirikan umat Tuhan iaitu Gereja.”

Prelatus itu juga meminta agar calon paderi meninggalkan cara hidup lama dan menghidupi kehidupan baharu Kristus.

“Ingatlah engkau dipilih menjadi umat Tuhan dan bertindak bagi mereka dalam hal yang berhubung dengan Tuhan.

Janganlah mencari kepentingan sendiri sebaliknya bertindaklah demi kepentingan Kristus.

Uskup Julius juga meminta bakal paderi itu agar selalu meneladani Gembala Baik yang datang bukan untuk dilayani sebaliknya untuk melayani serta sentiasa mencari serta menyelamatkan orang yang berdosa.

Selepas Misa, semasa sesi ucapan, paderi baharu dan Uskup Julius mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perayaan itu serta dalam persiapan pembentukan Fr Arthur menjadi paderi. Uskup Julius menekankan kepada umat agar tidak terlalu memanjakan paderi kerana sikap itu boleh menyebabkan mereka angkuh dan leka dalam misi utama mereka dalam pelayanan.

Lahir di pekan Telupid pada 20 Julai 1991, Fr Arthur merupakan anak jati Telupid kedua yang ditahbis di Keuskupan Sandakan. Paderi pertama dari Telupid ialah Fr Christopher Ireneus.

Pada usia 22 tahun, Arthur telah memasuki aspirancy di Catholic Archdiocesan Centre. Selepas setahun menjalani Program Inisiasi, beliau meneruskan pengajiannya dalam falsafah dan teologi di Kolej Sto Petrus. Beliau ditahbis menjadi

Total Comments:0

Name
Email
Comments