Bagaimana melindungi anak-anak dari berita palsu?
Dalam dialog tersebut ibu bapa dapat melakukan beberapa hal. Pertama, ibu bapa mendengar pendapat anak dengan saksama, memahami mereka mengapa mereka bersikap sedemikian, agar anak berasa diperhatikan, dihargai dan dimengerti.
Sep 28, 2024
Soalan: Akhir-akhir ini banyak terjadi kes intoleransi. Di tengah-tengah tsunami maklumat seperti ini, bagaimana saya melindungi anak-anak saya dari pengaruh berita tidak benar? Anak-anak saya masih kecil dan saya tidak mahu mereka memiliki pandangan negatif terhadap agama lain. Semoga ruangan ini dapat membantu. Diana
Jawaban: Saya memahami kekhuatiran Puan. Saya setuju dengan Puan bahawa kita perlu melindungi anak-anak kita daripada maklumat mengelirukan dan maklumat tidak tetap sehingga mempengaruhi pemahaman mereka tentang kepelbagaian agama dan bersikap “ganas” terhadap agama lain.
Penting untuk melindungi anggota keluarga kita dari berita-berita palsu ialah melalui komunikasi (dialog).
Tujuan dialog ini ialah agar anak dapat melihat suatu isu atau persoalan secara seimbang dan adil iaitu penerangan yang tidak berat sebelah, menghina atau menyalahkan kumpulan-kumpulan tertentu.
Anak-anak perlu dididik untuk mencari tahu kebenaran berita tersebut, seperti sumber (siapa) yang menulis atau menyampaikan berita (adakah sumber cerita itu boleh dipercayai?), isi berita (apakah kandungan berita menunjukkan data yang tepat dan logik).
Apakah berita tersebut bersifat memprovokasi kebencian atau permusuhan, dan kesan emosional atas berita tersebut kepada dirinya, apakah menumbuhkan sikap permusuhan sikap pengertian, atau persahabatan dengan kumpulan lain.
Dalam dialog ini, orang tua dapat membimbing anak-anak untuk dapat mencapai tujuan tersebut. Jika anak terlatih untuk berfikiran kritis, dia dapat menjadi individu yang tidak mudah menghakimi orang lain dan tidak cepat ‘gelabah’ dalam memandang masalah.
Dalam dialog tersebut ibu bapa dapat melakukan beberapa hal. Pertama, ibu bapa mendengar pendapat anak dengan saksama, memahami mereka mengapa mereka bersikap sedemikian, agar anak berasa diperhatikan, dihargai dan dimengerti. Elakkan sikap memaksa agar anakanak tidak berasa dikongkong yang memacu kepada perlakuan “memberontak”
Tindakan ini merupakan pintu masuk untuk mendapat perhatian anak sehingga dia bersedia untuk mendengar arahan ibu bapa.
Kedua, orang tua memberi tindak balas dalam menangani sikap atau tingkah laku anak. Biasanya anak-anak akan memilih untuk hidup rukun dan toleransi apabila ibu bapa memberi pujian serta menghargai usaha mereka.
Ketiga, ibu bapa membimbing anak untuk bersikap hati-hati dan kritis dalam memandang suatu berita. Usia remaja memungkinkan seseorang berfikir abstrak dan logik dengan menggunakan nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang dipercayainya dalam memahami dan bersikap terhadap suatu hal (informasi).
Namun, pendapat dalam lingkungan usia ini belum matang kerana pertimbangan emosional pun masih banyak mendominasi dibandingkan pertimbangan rasional. Di sini orang tua perlu mengajarkan anak untuk bersikap lebih objektif.
Keempat, ibu bapa membimbing anak untuk memahami konteks atau situasi atau latar belakang pelaku intoleransi yang disebut dalam sesebuah berita.
Misalnya ibu bapa mengajak anak-anak untuk melakukan sedikit ‘siasatan’ misalnya mempersoalkan motif pelaku intoleransi tersebut. Apakah tindakan pelaku itu murni? Atau kerana motif mahukan kuasa atau motif lain? Di sini anak akan dapat belajar bahawa ada isu intoleransi tersebut merupakan tindakan individual atau kumpulan tertentu sahaja.
Sama seperti iblis yang memanipulasi manusia di Taman Eden, sehingga manusia jatuh ke dalam dosa. Mari kita bersama-sama mengajak anggota keluarga untuk bersikap kritis terhadap pemberitaan-pemberitaan di media sosial. --Dr Angela Oktavia Suryani, M.Si, hidupkatolik. com
Total Comments:0