Bagaimana mengendalikan ‘amukan’ si comel semasa Misa?

Adalah perkara biasa bagi keluarga untuk menghadiri Misa Senja Sabtu atau Misa hari Minggu bersama anak-anak kecil mereka, yang kadangkala boleh menyebabkan gangguan kerana anak-anak itu menangis atau bermain.

Nov 02, 2024

Adalah perkara biasa bagi keluarga untuk menghadiri Misa Senja Sabtu atau Misa hari Minggu bersama anak-anak kecil mereka, yang kadangkala boleh menyebabkan gangguan kerana anak-anak itu menangis atau bermain.

Dua orang paderi Katolik mempunyai beberapa nasihat yang bertujuan untuk membantu ibu bapa dan peserta Misa yang lain.

Fr Vicente Eliamar Vega, seorang paderi di Keuskupan Saltillo, Mexico Coahuila, mengatakan bahawa adalah penting untuk membiasakan anak-anak memenuhi kewajipan menghadiri Misa Kudus hari Minggu serta pada hari-hari kewajipan suci, “untuk kemuliaan Tuhan dan keselamatan jiwa mereka.”

Fr Vega menggesa keluarga untuk mengekalkan amalan ini dan membawa anak-anak mereka ke Gereja, kerana “itulah cara kita akan memanjangkan warisan iman.”

Fr José Juan Montalvo — dikenali di media sosial sebagai Fr Borre — pengasas pelayanan keluarga dalam talian untuk Keuskupan Agung Monterrey, Nuevo León, meminta umat awam dan ibu bapa bersar, bahawa kebisingan dan tingkah laku kanak-kanak adalah semula jadi lebih- lebih lagi, “mereka adalah masa depan Gereja kita.”

Nasihat untuk ibu bapa
Fr Montalvo berkata, dia sering menggalakkan ibu bapa mencari paroki di mana terdapat perayaan khas untuk kanakkanak.

Bagaimanapun, paderi itu menjelaskan, sama ada Misa itu ada atau tidak, ibu bapa harus menemani anak-anak mereka dan bukan membiarkan mereka “menjalani Misa sebagai kanak-kanak sendirian tetapi secara beransur-ansur mendidik mereka.”

Dia mencadangkan mengajar anakanak sesuatu yang baru setiap kali mereka menghadiri Misa, seperti menerangkan makna konsekrasi, pembacaan sabda atau bila waktunya untuk berdoa atau berdiri dan menggalakkan mereka menyanyi lagu “Bapa Kami”.

Oleh itu, ibu bapa dapat menjadi “katekis” untuk anak-anak mereka semasa Misa. Beliau juga mencadangkan ibu bapa mencari sumber rohani dan kreatif agar anak-anak dapat memahami dan menghayati perjalanan Misa Kudus.

Ibu bapa juga disyorkan menggunakan “senarai semak” elemen atau unsur-unsur perayaan bagi memastikan anak-anak memberi perhatian penuh.

Sebagai contoh, memeriksa adakah mereka sudah boleh mengenali alat-alat mudah yang digunakan semasa Misa misalnya salib, piala, hosti atau mengingati siapa rasul yang disebut dalam liturgi sabda pada hari itu?

Montalvo menjelaskan bahawa jenis senarai atau aktiviti ini boleh didapati di Internet, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, kanak-kanak dapat diajar “cara menjalani Misa” namun ini memang memerlukan banyak kesabaran dan banyak pedagogi.

Nasihat untuk paderi
Vega menekankan kepentingan “mengukir cinta terhadap Misa dalam hati” dan dalam hal ini, paderi memainkan peranan penting. Beliau mencadangkan bahawa, dengan amal, paderi itu sendiri atau salah seorang pembantunya boleh “secara langsung menarik perhatian kanak-kanak itu.

“Ini mempunyai kesan yang lebih efektif berbanding jika bapa atau ibu melakukannya,” jelasnya

Walaupun langkah ini boleh mencetuskan beberapa reaksi, Fr Vega menyatakan bahawa “ia bukan sesuatu yang boleh menyebabkan skandal, kerana pendidikan Kristian pada prinsipnya teguh, lembut dalam cara, yang membolehkan ketegasan dikekalkan tanpa menyinggung perasaan sesiapa pun.

Adakah saya tetap “dalam” Misa semasa menjaga anak kecil?
Kod Hukum Kanonik menyatakan bahawa umat beriman “diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam Ekaristi pada hari-hari kewajipan suci.”

Walau bagaimanapun, ia menyatakan bahawa orang yang mempunyai “sebab yang serius (contohnya, penyakit atau penjagaan kanak-kanak kecil) atau yang diketepikan oleh paderi mereka sendiri”, dikecualikan daripada menghadiri.

Tetapi mereka yang “sengaja gagal memenuhi kewajipan ini melakukan dosa besar,” (Katekismus Gereja Katolik No. 2181).

Sri Paus Fransiskus juga prihatin akan hal ini. Semasa menyampaikan homili pada tahun 2020, dalam upacara pembaptisan 32 orang bayi di Vatikan, Bapa Suci Fransiskus memberitahu ibu bapa: “Jangan takut, biarkan anak-anak menangis. Walau bagaimanapun, jika anak anda menangis atau mengadu, mungkin kerana dia terlalu panas; ambil masa untuk menenangkannya, atau kerana dia lapar, susukan dia senyap-senyap di sini.”

Vega menjelaskan bahawa “Anda tetap dikira berada dalam Misa jika seorang ibu atau bapa keluar masuk untuk menenangkan anaknya yang resah.”

Walau bagaimanapun, dia mengesyorkan bahawa “kanak-kanak itu harus dibiasakan atau belajar memahami bahawa dia berada dalam Misa Kudus.”

Paderi menjelaskan bahawa sekiranya bapa atau ibu terpaksa meninggalkan ruang Gereja - contohnya, ke luar bangunan Gereja kerana anak kepanasan, - hati mereka harus kekal bersatu dengan penyembahan ilahi yang dipersembahkan di mezbah.”

“Jika anda keluar semasa Misa kerana menenangkan anak dan tetap bersatu dalam Misa, anda memenuhi tanggungjawab hari Minggu anda, tetapi tidak bagi yang memeriksa atau menjawab telefon!” --CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments