Bangkitkan sifat Tuhan dalam keluarga, komuniti

Pesta Kerahiman Ilahi peringkat Keuskupan Keningau

Apr 29, 2022

Screenshot siaran langsung Misa Kudus Kerahiman Ilahi peringkat Keuskupan Keningau di Dataran Solidariti Keuskupan Keningau


KENINGAU:
Keuskupan Keningau merayakan Pesta Kerahiman Ilahi pada 24 April di Dataran Keuskupan Keningau.

Dimulakan perarakan masuk imej Kerahiman Ilahi yang diiringi tarian tradisional dan kanak-kanak berpakaian pelbagai kongregasi religius.

Perayaan Ekaristi dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong. Pada awal Misa, prelatus itu mengatakan, “Mengungkapkan syukur atas kerahiman Tuhan, belas kasihan terhadap kita umat manusia yang sentiasa jatuh dalam dosa.”

Pesta Kerahiman Ilahi bukan sahaja mengajak kita bersyukur tetapi juga mengingati bahawa setiap kita manusia mempunyai belas kasihan daripada Tuhan. Sewaktu Tuhan mencipta kita menurut rupa dan imej-Nya.

Tetapi kerana dosa yang kita benarkan menguasai kita, sifat-sifat Tuhan itu hilang. Maka sempena Pesta Kerahiman Ilahi ini, mengingatkan kita bahawa kasih Tuhan dan membangkitkan semula iman, harapan dan cinta kepada Tuhan.

Selepas pembacaan Injil, Uskup Cornelius menerangkan secara singkat akan sejarah Pesta Kerahiman Ilahi dalam homilinya.

Menurutnya, sebelum 22 tahun lalu, Pesta Kerahiman Ilahi belum wujud dalam Gereja Katolik. Kasih Tuhan selalu taken for granted. Namun, disebabkan pemerhatian dan kesedaran, khususnya rasul Kerahiman Ilahi, Pesta Kerahiman Ilahi dimasukkan ke dalam kalendar Liturgi Gereja Katolik demi mengingatkan umat bahawa “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia...” (Yoh 3:16).

Bapa Uskup mengatakan, setiap kita mempunyai sifat-sfat Tuhan tetapi kuasa iblis itu kuat. Kuasa iblis datang dalam pelbagai cara misalnya melalui kejahatan pemerdagangan manusia, ketamakan, melancarkan peperangan dan banyak lagi.

Tetapi kerana Tuhan hadir, kerana Yesus yang wafat telah bangkit, jangan tunduk terus kepada kuasa jahat. Kembalilah kepada Kerahiman Tuhan. Kita adalah umat Paskah, dan Berita Baik untuk kita ialah Tuhan sangat mengasihi kita.

Pada Pesta Kerahiman Ilahi ini, mari kita memeriksa diri kita. Jangan kita lupa, apa pun yang nikmati, bukan untuk diri sendiri.

Bakat yang kita ada jangan dibiarkan begitu sahaja. Kita semua, diutus untuk memberitahu dunia bahawa Tuhan mahu menyelamatkan kita, Dia mengasihi kita dan orang yang percaya kepada-Nya akan beroleh hidup sejati dan kekal (Yoh 3:16).

Pada akhir homilinya, Bapa Uskup berharap agar Pesta Kerahiman Ilahi dapat membawa seluruh umat untuk terus komited dalam pelayanan, selalu mahu mengutamakan Tuhan, agar sukacita dan damai sejahtera Yesus, dapat menguasai dunia!

Total Comments:0

Name
Email
Comments