Bapa Suci akan temui Gereja kuat dan berbilang budaya di Papua New Guinea
Sri Paus Fransiskus akan menemui sebuah Gereja yang berbudaya iman yang kuat tetapi dalam gaya Papua New Guinea.
Jul 26, 2024
PORT MORESBY, Papua New Guinea: Sri Paus Fransiskus akan menemui sebuah Gereja yang berbudaya iman yang kuat tetapi dalam gaya Papua New Guinea. Masyarakat di sini adalah kaum yang sangat kuno dengan tradisi yang sangat lama. Bagi mereka, kehadiran Sri Paus adalah pengiktirafan perjalanan mereka sebagai sebuah Gereja, sebagai umat Tuhan,” kata Fr Mario Abzalón Alvarado Tovar, Superior General Missionaries of the Sacred Heart (MSC), dalam sebuah wawancara dengan Media Vatikan menjelang Perjalanan Apostolik Sri Paus Fransiskus ke Asia dan Oceania, September ini.
Fr Alvarado berkata bahawa Misionari Hati Kudus telah dihantar ke Papua New Guinea oleh pengasas mereka, Fr Jules Chevalier.
Mereka menerima mandat misionari mereka pada akhir 1870-an.
Selepas percubaan pertama untuk menyebarkan Khabar Gembira di pulau itu pada tahun 1881, para misionari merayakan Misa pertama mereka pada Julai 4, 1885, dan menubuhkan beberapa mision di pantai selatan, di kalangan suku Roro dan Mekeo.
Malah, sejak 1881 MSC berada di Papua New Guinea, menandakan permulaan era moden Gereja di pulau itu. Papua New Guinea adalah sebuah negara dengan tradisi budaya yang sangat kuno tetapi dengan cara hidup yang sangat berbeza daripada dunia Barat.
“Sri Paus Fransiksus akan menemui sebuah Gereja dengan amalan iman yang kuat, tetapi dalam gaya Papua New Guinea.
Namun, negara ini juga menghadapi cabaran seperti yang berlaku di seluruh dunia seperti perubahan iklim, perlombongan tanpa menghormati masyarakat tempatan, dan kemiskinan sistemik.
Papua New Guinea, walaupun merupakan sebuah negara yang mempunyai sumber asli yang sangat besar tetapi dieksploitasi oleh banyak negara besar.
Gereja di sini terus berusaha untuk berdiri bersama golongan yang paling memerlukan, menghormati struktur puak atau klan dan menginjil dari dalam sambil menghormati dan cuba memulihkan anti-nilai yang wujud dalam semua struktur sosial dan gerejawi di Papua New Guinea. — media Vatikan
Total Comments:0