Bapa Suci berdoa agar pemimpin negara berani buka jalan dialog
Sri Paus Fransiskus memperbaharui doanya untuk keamanan dunia, memohon pertolongan Tuhan bagi menamatkan semua konflik serta mengingati khususnya penderitaan di Tanah Suci, Ukraine dan bandar Kharkiv yang diserang baru-baru ini.
May 31, 2024

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus memperbaharui doanya untuk keamanan dunia, memohon pertolongan Tuhan bagi menamatkan semua konflik serta mengingati khususnya penderitaan di Tanah Suci, Ukraine dan bandar Kharkiv yang diserang baru-baru ini.
Selepas memimpin doa Regina Coeli di Dataran Sto Petrus, Sri Paus Fransiskus mengingatkan bahawa pada hari tersebut iaitu hari Pentakosta, “kita mengingati bagaimana Roh Kudus mencipta keharmonian di kalangan mereka yang berbeza bahasa dan bangsa.”
Bapa Suci menyeru semua orang untuk berdoa agar Roh Kudus, dapat menanamkan keharmonian dalam hati, keluarga, masyarakat dan seluruh dunia kita.
Sri Paus berdoa agar Roh Kudus dapat mengukuhkan persekutuan dan persaudaraan di kalangan orang Kristian yang berbeza tradisi, terutamanya membantu para pemimpin negara untuk mendapatkan keberanian membuat usaha yang memihak kepada dialog yang boleh membawa berakhirnya peperangan.
Prelatus itu mengeluh peperangan di dunia semakin meningkat serta menyebut khusus nya Ukraine dan bandar Kharkiv yang mengalami serangan tidak lama dulu.
Sangti Papa berdoa untuk keamanan di Tanah Suci, Palestine, Israel dan di mana sahaja peperangan berlaku.
“Semoga Roh Kudus memimpin para pemimpin dunia dan setiap daripada kita untuk membuka pintu kepada keamanan,” tegasnya.
Prelatus itu juga memohon doa daripada para penziarah untuk mendoakan kunjungan apostoliknya ke Asia Tenggara iaitu Indonesia, Timor Leste, Papua New Guinea dan Singapura. — media Vatikan
Total Comments:0