Bapa Suci tambah 21 martir Ortodoks Koptik dalam senarai martir Katolik

Sri Paus Fransiskus mengakui 21 martir umat Kristian Ortodoks Koptik yang dibunuh oleh teroris Negara Islam (ISIS) lapan tahu lalu ke dalam barisan martir Katolik.

May 26, 2023

Paus Koptik Tawadros II menyerahkan relik 21 martir Mesir kepada Sri Paus Fransiskus.


TAKHTA SUCI: Sri Paus Fransiskus mengakui 21 martir umat Kristian Ortodoks Koptik yang dibunuh oleh teroris Negara Islam (ISIS) lapan tahu lalu ke dalam barisan martir Katolik.

Bapa Suci mengatakan hal ini kepada Paus Koptik Tawadros II, Patriark Takhta Santo Markus, bahawa para martir akan dima-sukkan ke dalam Martirologi Romawi. Langkah ini diakui Sri Paus sebagai tanda persekutuan spiritual yang menyatukan kedua-dua Gereja.

Para martir Koptik ini adalah 20 orang Mesir dan seorang lelaki dari Ghana yang dipenggal oleh para jihadis ISIS di Sirte, Libya.

ISIS memfilemkan mereka sedang berdoa semasa kepala mereka dipenggal pada Feb 15, 2015.
Semasa pertemuan di Roma, Paus Tawadros II memberi Sri Paus Fransiskus relik para martir Koptik ini.

“Para martir ini dibaptis tidak hanya dengan air dan Roh, tetapi juga dengan darah, dalam darah yang merupakan benih persatuan bagi semua pengikut Kristus,” ujar Bapa Suci Fransiskus.

Patriark Koptik itu berada di Roma untuk memperingati 50 tahun Deklarasi Kristologis yang dibuat bersama antara Gereja Katolik dan Gereja Koptik. Perjanjian ini adalah sebuah tonggak sejarah dalam hubungan antara kedua-dua Gereja.

Paus Tawadros II mengatakan bahawa jenazah para martir digali pada tahun 2018 dan dibawa ke Mesir. Gereja Koptik kemudian membangun sebuah shrine di El-Aour untuk para martir itu.
“Kami sering meminta doa mereka, dan kami yakin mereka terus memberikan berkat yang besar kepada kami,” kata Paus Tawadros II. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments