Bengkel membuat rosari bagi golongan pekak

Pelayanan Orang Pekak Katolik (CMfD) buat julung kalinya menganjurkan bengkel membuat rosari untuk Komuniti Pekak Katolik di Gereja St Francis Xavier. Seramai 18 orang peserta menyertai bengkel itu, termasuk bukan Katolik dan dua orang jurubahasa.

Nov 02, 2024


PETALING JAYA:
Pelayanan Orang Pekak Katolik (CMfD) buat julung kalinya menganjurkan bengkel membuat rosari untuk Komuniti Pekak Katolik di Gereja St Francis Xavier. Seramai 18 orang peserta menyertai bengkel itu, termasuk bukan Katolik dan dua orang jurubahasa.

Penyelaras CMfD Melina Sylvia Ann Melina berkongsi, “Bengkel ini bertujuan untuk membantu komuniti Pekak agar semakin dekat dengan Bonda Maria. Membuat rosari memberi inspirasi kepada mereka untuk tekun berdoa.”

Bengkel itu dikendalikan oleh Denise Angus dari Gereja Hati Kudus, Cheras yang mula membuat rosari pada tahun 2017.

Paderi paroki Gereja St Francis Xavier, Fr Alvin Ng, SJ turut mengunjungi bengkel itu untuk memberkati rosari. Paderi itu menekankan kepentingan menghormati sakramental, katanya, “Selepas diberkati, rosari tidak boleh dibuang. Ia harus dibungkus di dalam kertas dan ditanam di dalam tanah atau diberikan kepada generasi akan datang.” Fr Alvin juga mengatakan bengkel itu menunjukkan dedikasi dan ketabahan komuniti golongan pekak. Katanya, “Mereka memberikan kita inspirasi untuk terus bertahan dalam iman.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments