Beranikah anda terima kesakitan di kayu salib?

Itu adalah peringatan yang diperlukan kerana Yesus memberi amaran kepada kita bahawa jika kita mahu mengikuti-Nya, kita akan mengalami ‘kesakitan’ dan akan menyertai-Nya di kayu salib.

Dec 06, 2024


Daniel Berrigan pernah berkata: Sebelum anda serius mengikuti Yesus, fikirkan dengan teliti bagaimana anda kelihatan di atas kayu!

Itu adalah peringatan yang diperlukan kerana Yesus memberi amaran kepada kita bahawa jika kita mahu mengikuti-Nya, kita akan mengalami ‘kesakitan’ dan akan menyertai-Nya di kayu salib.

Apa sebenarnya maksud ini? Adakah kesakitan harus dikenakan terhadap seorang murid sebagai sejenis ujian? Adakah Yesus memerlukan pengikut-Nya untuk merasakan kesakitan yang dialami-Nya? Adakah Tuhan mahu pengikut Yesus mengalami kesakitan untuk membayar harga dosa? Mengapa menerima untuk memikul salib bersama Yesus membawa ‘kesakitan’ ke dalam hidup kita?

Menarik untuk kita perhatikan bahawa ahli mistik yang hebat Yohanes dari Salib menggunakan aliran ‘kesakitan’ dalam kerasulannya dan sebagai pengukur sama ada kita benar-benar mahu mengikuti Yesus atau tidak.

Bagi Yohanes, anda tahu anda pengikut Yesus apabila kesakitan mula mengalir ke dalam hidup anda. Mengapa? Adakah Tuhan meletakkan kesakitan istimewa kepada mereka yang serius mengikuti-Nya?

Tidak. Tuhan tidak memberikan kesakitan istimewa kepada mereka yang mengikuti Yesus secara serius.

Kesakitan yang mengalir ke dalam hidup kita, jika kita serius mengikuti Kristus, tidak datang daripada Tuhan sebaliknya ia mengalir ke dalam diri kita kerana kita lebih terbuka, tidak menyekat, peka dan kefahaman mendalam.

Proses kesakitan itu berfungsi seperti ini: Dengan membuka diri kita secara total kepada Kristus, kita akan berhenti untuk terlalu melindungi diri, menjadi lebih pasrah, menerima, lebih sensitif. Semua kaedah ini menyebabkan kasih dan kesakitan Yesus dapat mengalir lancar dalam diri kita, dengan bebas dan lebih mendalam.

Dan sebahagian kesakitan yang mengalir ke dalam diri kita adalah kesakitan yang terdiri daripada kesakitan orang lain, kesakitan ibu pertiwi, kesakitan ketidakcukupan kita sendiri dan kekurangan altruisme, dan kesakitan yang disebabkan oleh kesan dosa.

Kesakitan ini kini akan memasuki kita dengan lebih mendalam dan ia sangat terasa kerana sebelum ini kita melindungi diri kita daripada menerima kesakitan.

Berita baiknya, kesakitan ini tidak ada kesan buruk. Malah kesakitan yang mengalir lebih bebas dan mendalam ini membawa makna baharu serta kebahagiaan.

Sebaik sahaja kita berhenti melindungi diri kita, kesakitan dan kebahagiaan kini boleh mengalir dengan lebih bebas dan lebih dalam ke dalam hati kita dan kita boleh mula menghembuskan nafas lega dari bahagian diri kita yang lebih dalam.

Freud pernah mengulas bahawa kadang-kadang perkara boleh difahami dengan meneliti apa yang bertentangan.

Misalnya, seseorang yang terbuka kepada kesakitan salib, adalah orang yang tabah, seperti tidak ada perasaan (dalam slanga, seseorang “bermuka tebal seperti papan tebal!”).

Orang seperti itu kelihatannya tidak akan merasakan banyak kesakitan dan seperti tidak merasakan apa-apa. Ini merupakan beberapa sebabnya:

Pertama, Tuhan tidak meletakkan kesakitan kepada kita apabila kita menjadi pengikut-Nya sebaliknya membenamkan diri kita dengan lebih mendalam dalam misteri Kristus dan salib.

Kesakitan yang berlaku adalah intrinsik kepada salib dan dirasai semata-mata kerana kita berhenti melindungi diri kita dan membiarkan kehidupan, menerima semuanya untuk mengalir ke dalam diri kita dengan lebih bebas dan mendalam.

Mujurlah, kesakitan itu tidak sekuat kebahagiaan baharu yang kita akan rasai apabila benar-benar mengikuti Yesus!

Kedua, mengalami kesakitan yang mengalir secara intrinsik daripada kemuridan dan salib, seperti yang dikatakan oleh Yohanes dari Salib, merupakan salah satu kriteria utama yang memisahkan Injil sebenar daripada Injil Kemakmuran (ajaran Protestan). Apabila kesakitan salib mengalir ke dalam hidup kita, kita tahu bahawa kita tidak meletakkan kepentingan diri kita sendiri dalam nama Injil.

Ketiga, berbaloi untuk menjadi sensitif! Freud pernah berkata bahawa neurosis (kebimbangan yang tidak sihat) adalah penyakit orang normal.

Apa yang dia tidak katakan, tetapi mungkin ada, ialah tentang antitesis kebimbangan (sihat dan tidak sihat) adalah ketidakpekaan, menjadi tebal seperti papan kerana melindungi diri daripada kesakitan — tetapi juga terlindung daripada makna mendalam cinta, keintiman dan komuniti.

Jika anda seorang yang sensitif (mungkin juga seorang yang terlalu sensitif, cenderung kepada kemurungan dan pelbagai kebimbangan) ada berita penghiburan untuk ada bahawa perjuangan anda menunjukkan bahawa anda bukan orang yang tidak sensitif dan anda bukan orang yang bodoh moral.

Akhirnya, salah satu implikasi daripada ini ialah syurga tidak sama untuk semua orang. Sama seperti kesakitan boleh menjadi cetek atau mendalam, begitu juga makna dan kebahagiaan.

Setakat mana kita membuka hati kita, ia mempengaruhi makna dan kebahagiaan yang mengalir ke dalam diri kita.

Hati yang tertutup menjadikan makna hidup ini begitu tawar. Hati yang sebahagiannya terbuka hanya menghasilkan makna yang separuh. Tetapi hati yang terbuka sepenuhnya menghasilkan makna yang paling mendalam.

Pada pendapat saya, terdapat pemahaman berbeza tentang makna kebahagiaan di bumi pada hari ini dan dalam kehidupan seterusnya. Jadi, jemputan daripada Yesus adalah untuk kita menerima kesakitan yang datang dari kayu salib yang tidak begitu tebal! --Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments