Berita ringkas Gereja sejagat
Pintu Suci Basilika Sta Maria Major telah dibuka secara rasmi pada Januari 1, 2025.
Jan 11, 2025
Pembukaan Pintu Suci Sta Maria Major
VATIKAN: Pintu Suci Basilika Sta Maria Major telah dibuka secara rasmi pada Januari 1, 2025.
Upacara itu telah dipimpin oleh Kardinal Rolandas Makrickas, uskup agung koajutor basilika Lithuania, yang dinaikkan ke pangkat kardinal dalam konsistori Sri Paus Fransiskus pada Disember 2024.
Dalam homilinya, Kardinal Makrickas menyampaikan kepentingan rohani Pintu Suci dan hubungannya yang mendalam dengan Perawan Maria, Bonda Tuhan.
“Perjalanan kita bermula hari ini dengan bunyi loceng purba yang dikenali sebagai ‘The Lost One,’ dibunyikan daripada puncak Bukit Esquiline.
Loceng ini telah membimbing ramai penziarah merentasi abad, menjadi cahaya harapan dan panggilan untuk berdoa. --Media Vatikan
2024, sejarah terburuk untuk kanak-kanak
GAZA: Kajian terbaharu Tabung Kanak-Kanak PBB, UNICEF, menegaskan bahawa kesan konflik bersenjata ke atas kanak-kanak di seluruh dunia mencapai rekod yang dahsyat dan paling buruk sepanjang tahun 2024.
Setelah menganalisis data terkini, UNICEF menyatakan bahawa dibandingkan sebelum ini, lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di zon konflik atau dipindahkan secara paksa akibat keganasan. Jumlah kanak-kanak yang terjejas akibat konflik juga meningkat dan hak mereka juga semakin tidak dihormati.
Pencabulan hak ini termasuklah perbuatan membunuh dan mencederakan, tidak dapat bersekolah, kehilangan hak mendapat vaksin yang menyelamatkan nyawa dan kekurangan zat makanan kritikal. --Media Vatikan
Apabila iman dan reka bentuk bergabung
TORAJA, Sulawesi, Indonesia: Kardinal Ingnatius Suharyo memberkati Gereja Sancta Familia di Toraja, Sulawesi Selatan, pada Disember 29, 2024, sebuah Gereja yang menampilkan altar yang bersepadu ke dalam bukit kuartza berbatu.
Terletak di Sapak Bayobayo, Sangalla, Wilayah Tana Toraja, Gereja ini telah menarik perhatian kerana reka bentuk dan kepentingannya dalam masyarakat, lebih-lebih lagi ia diintegrasikan dengan landskap semula jadi.
Uskup Agung Seoul, ratap nahas pesawat terhempas
SEOUL: Uskup Agung Seoul Peter Chung Soon-taick melahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada mangsa nahas pesawat Jeju Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.
Dalam mesej yang dikeluarkan pada Disember 31, 2024, prelatus itu berkata, “Saya merakamkan ucapan takziah kepada semua mereka yang kehilangan nyawa dalam nahas pesawat Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.
“Saya berdoa bersungguh-sungguh agar Tuhan akan memeluk jiwa mereka dan memberi keselesaan dan kekuatan kepada keluarga mereka.”-- LiCASNEWS
Total Comments:0