Berkongsi kelaparan, kesengsaraan buruh kanak-kanak

Seorang kanakkanak berusia tujuh tahun, Juni Rey Bigallera bangun tidur sebelum fajar, tidak bersiap-siap untuk berangkat ke sekolah sebaliknya pergi ke pasar umum di bandar Davao, Filipina untuk menjual sayuran.

Jun 20, 2014

MANILA, Filipina: Seorang kanakkanak berusia tujuh tahun, Juni Rey Bigallera bangun tidur sebelum fajar, tidak bersiap-siap untuk berangkat ke sekolah sebaliknya pergi ke pasar umum di bandar Davao, Filipina untuk menjual sayuran.

Juni berjalan selama dua jam untuk tiba di pasar tersebut. Sepanjang jalan, beberapa kanak-kanak lain seusianya, juga tidak ke sekolah, berjalan kaki ke bandar sama ada untuk berjualan atau bekerja. Dalam perjalanan itu juga, Juni melihat beberapa kanak-kanak memakai pakaian seragam sekolah. Kanak-kanak sekolah itu berjalan dengan riang, memegang fail dan beg yang sarat dengan buku-buku

“Saya sangat iri hati terhadap pelajar-pelajar sekolah itu. Tetapi saya harus bekerja dan membantu keluarga saya yang mengalami kelaparan," luah Juni

Juni akan pulang ke rumah dengan pendapatan sekitar dua dolar (sekitar RM 7) di sakunya, cukup untuk memberi makan keluarga dan empat orang adiknya bagi hari tersebut.

Ketika Juni dan adik beradiknya meningkat remaja, Juni harus mencari pekerjaan berisiko, seperti mengumpulkan dan membungkus pestisid di kilang. Kini dalam usia 16 tahun, barulah Juni memasuki dan memulakan persekolah Sekolah Menengah padahal pelajar- pelajar seusianya pula sudah memasuki alam kolej. Situasi seperti ini adalah biasa bagi buruh kanak-kanak di Filipina.

Seorang ibu, Amerina Cabanes mengakui bahawa semua enam orang anaknya adalah buruh kanak-kanak. “Saya meminta anak-anak saya membantu kerana, terus terang, kami memerlukan bantuan,” katanya.

Seluruh keluarga Amerina bangun sekitar pukul 2.00 pagi dan menjelajah ke pelosok bandar untuk memungut sampah. Anak perempuannya mula bekerja ketika usianya baru lima tahun. Kini, anaknya itu berusia 12 tahun, dan masih membantu keluarga mencari nafkah. Keluarga itu menghasilkan lebih dari 4 dolar sehari.

Undang-undang telah memperuntukkan perlindungan untuk kanak-kanak agar mereka tidak terlibat dalam “pekerjaan atau kegiatan ekonomi … kerana pekerjaan tersebut adalah bentuk eksploitasi atau berbahaya bagi kesihatan dan keselamatan fizikal, mental atau perkembangan psikologi kanak-kanak.”

Namun, kelihatannya undangundang itu tidak membawa kesan yang hebat. Kerajaan merekodkan 431 kanak-kanak bekerja sebagai buruh di wilayah Davao, sementara di bandar Davao sahaja, mencatatkan jumlah tertinggi iaitu mempunyai 332 buruh kanak-kanak. Jabatan Statistik Nasional pada tahun 2011 menjalankan kaji selidik yang menunjukkan bahawa ada 5,590,000 buruh kanak-kanak di Filipina, hampir semua daripada mereka bekerja dalam sektor yang berbahaya.

Kaji selidik juga mendapati bahawa 29 juta kanak-kanak di Filipina berusia 5-17 tahun, sekitar 19 peratus atau sekitar 5.590.000, sudah bekerja. Darpadai jumlah tersebut, lebih dari tiga juta dianggap buruh, manakala 2.9 juga lagi dilaporkan bekerja di tempat yang terdedah pada bahaya. .

"Apa yang penting sekarang ini ialah kerajaan harus bertindak segera melaksanakan program bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh buruh kanakkanak,” kata Florie Mei Tacang, pengarah eksekutif Hak Asasi Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial.

“Program itu harus dijalankan segera bagi menghentikan amalan ini. Namun budaya Filipina seakan-akan menyokong wujudnya buruh di kalangan kanakkanak," kata Florie dengan nada kesal.

Florie mengatakan Filipina tidak melihat bahawa buruh kanak-kanak merupakan salah satu bentuk pelanggaran hak asasi kanak-kanak dan undangundang. "Ini disebabkan masalah kemiskinan dan menjadi amalan hidup masyarakat di sini tetapi ia harus dicegah segera oleh kerajaan," ujar Florie.

Setakat ini, kerajaan telah mengenal pasti 609 dari kawasankawasan termiskin di negara itu dan sekitar 80 buah perkampungan yang memiliki angka tertinggi buruh kanak-kanak. -- Ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments