Biarawati India dituduh terlibat kes paksa tukar agama

Seorang biarawati di India ditangkap kerana didakwa atas kesalahan berkaitan menukar agama mengikut ketentuan undang-undang baharu.

Apr 16, 2021

CHHATARPUR: Seorang biarawati di India ditangkap kerana didakwa atas kesalahan berkaitan menukar agama mengikut ketentuan undang-undang baharu.

Sister Bhagya dari Kongregasi para Sister Miskin Papa dan ketua Sekolah Menengah Biara Hati Kudus di Khajuraho, Chhatarpur, Madhya Pradesh, didakwa berusaha menukar agama salah seorang kakitangan sekolah pada 22 Februari lalu.

Pengadu, Ruby Singh, dalam pernyataannya kepada polis mengatakan bahawa biarawati itu telah berjanji menaikkan dua kali ganda gajinya kalau dia mahu menjadi Katolik.

Undang-Undang Kebebasan Beragama 2021 yang baharu disahkan di negeri Madhya Pradesh Januari lalu, memiliki ketentuan hukuman penjara hingga 10 tahun jika dakwaan itu benar.

Padas 16 Mac, Sr Bhagya menerima jaminan dari hakim utama Mahkamah Tinggi,  Madhya Pradesh serta diarahkan untuk bekerjasama dalam siasatan polis.

Bercakap kepada Aid to Church in Need (Bantuan untuk Gereja yang Memerlukan/ ACN), Sr Bhagya berkata, “Ini pertama kali dalam hampir dua dekad mengajar saya menghadapi situasi yang membuat saya ditangkap kerana kejahatan yang tidak pernah saya fikirkan.”

Sister itu menjelaskan bahawabeliau telah disoal siasat oleh  polis dan berita beliau cuba menukar agama kakitangannya tersebar di media sosial pada 19 Feb lalu.

Pada mulanya, Sr Bhagya berasa takut kerana tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu. Namun, beliau mendapat kekuatan dari kisah penyaliban Yesus , dengan berdoa dan merenung Firman Tuhan. "Apa yang terjadi, bukan kesalahan saya," tegasnya.

Polis di Madhya Pradesh telah menerapkan ketentuan undangundang anti-perpindahan agama baharu terhadap 22 orang Kristian dan 21 Muslim. Enam kes telah didaftarkan terhadap umat Kristian dan 15 kes terhadap umat Muslim. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments