Bicara Rohani bincang rawatan gangguan rohani dan psikologi
Kebimbangan boleh menjadi amaran atau tanda bahaya yang berguna, ia adalah perkara yang positif. Ia boleh merangsang minda dan menjadikannya berjaga-jaga. Ia boleh mendorong kita ke hadapan.
Mar 22, 2025

JOHOR BAHRU: Kebimbangan boleh menjadi amaran atau tanda bahaya yang berguna, ia adalah perkara yang positif. Ia boleh merangsang minda dan menjadikannya berjaga-jaga. Ia boleh mendorong kita ke hadapan. Ia boleh membantu kreativiti. Kita melihat ini dalam banyak kehidupan para penulis, composer/pengubal dan artis terkenal.
“Walau bagaimanapun, apabila kebimbangan menjadi sengit, tidak berfungsi atau tidak rasional, kebimbangan boleh menjadi patologi,” demikian penerangan Fr Dr Charles Chiew, seorang ahli psikologi bertauliah.
Fr Dr Charles menjadi pembicara utama bagi program Bicara Rohani: “Gangguan Rohani dan Gangguan Psikologi” dalam talian yang dianjurkan oleh Legacy Doa Rosari pada Februari 26 lalu.
Legacy Doa Rosari (LDR) adalah kumpulan doa dalam talian yang mempunyai ahli lebih 400 orang. Ia ditubuhkan pada masa pandemik Covid-19 yang lalu, namun masih aktif dalam pelayanan doa sehingga kini dan menganjurkan sesi-sesi bicara rohani dalam talian dari masa ke semasa.
Dalam sesi yang berjalan selama satu jam setengah itu, Fr Dr Charles menerangkan tentang jenis-jenis kebimbangan dan kesannya kepada kesihatan manusia.
Jelasnya, kebimbangan adalah ketakutan yang tidak mempunyai objek atau bahaya yang dapat ditentukan. Ia adalah ketakutan yang dipenuhi dengan ketegangan, satu keadaan kekal untuk bimbang tentang apa-apa secara khusus atau tentang segalagalanya pada masa yang sama.
Beliau menerangkan kebimbangan adalah berbeza dengan ketakutan dan kebimbangan biasa kerana kedua-dua keadaan itu dapat dikawal.
Namun berita baiknya ialah seperti semua masalah kesihatan, bagi mereka yang mengalami kebimbangan kronik bahawa ia boleh dicegah dan dirawat melalui kaedah perubatan serta rohani.
Memetik kata-kata bijaksana Ben Sira (Si 38:1), “Hormatilah doktor atas pelayanan mereka, kerana Tuhan menciptakan mereka.”
Doktor mempunyai peranan mereka untuk bermain dalam rawatan kebimbangan. Cara rawatan lain ialah rawatan psikoterapi dan pendekatan kerohanian untuk menguruskan kebimbangan.
Konsili Vatikan Kedua sendiri mengakui dan mengambil berat akan isu kemanusiaan yang mendalam ini: Ia mencatatkan bahawa, “Banyak perkara yang berperang dalam diri manusia. Di satu pihak, orang itu adalah makhluk. Yang mengalami banyak keterbatasannya, di sisi lain, dia tidak terbatas keinginan dan dipanggil untuk kehidupan yang lebih tinggi.” (GS n. 1).
Fr Dr Charles berharap agar sesi pada malam itu memberi maklumat bermanfaat kepada para peserta maya.
Beliau menasihati agar mendapatkan segera bantuan pakar kaunseling atau jika tidak dapat mengatasi kebimbangan yang melampau
Total Comments:0