Budak lelaki 9 tahun tegur bahasa kesat presiden Duterte

Umat Katolik di Filipina memuji seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun kerana telah menulis surat kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk menasihatkan presiden itu agar menjaga adap percakapan semasa berucap di televisyen.

Apr 16, 2021

MANILA: Umat Katolik di Filipina memuji seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun kerana telah menulis surat kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk menasihatkan presiden itu agar menjaga adap percakapan semasa berucap di televisyen.

Duterte terkenal dengan penggunaan kata-kata kesat dan tidak senonoh walaupun di hadapan orang kenamaan asing di persidangan antarabangsa.

Beliau pernah mengatakan bahasa sedemikian diperlukan ketika memberitahu orang-orang di kota selatan Davao, semasa beliau masih bertugas sebagai datuk bandar di situ untuk melaksanakan perintahnya. 

Malah Duterte mengatakan, "Itu bukan satu jenayah," ujarnya kepada orang asing semasa Persidangan Serantau Asia Pasifik di Pasay City pada tahun 2019 di mana beliau juga mengatakan bahwa dia"tidak bersekolah dalam bidang kenegaraan."

Duterte juga menggunakan kata-kata tidak senonoh semasa menegur pemimpin- pemimpin Gereja Katolik. Tetapi seorang budak kanak-kanak lelaki mengatakan, agar orang lain menghormati presiden itu, Duterte tidak seharusnya mencerca dan menghamburkan kata-kata kesat. .

"Saya berharap agar anda dapat mengubah sikap anda.

Sebagai presiden, tidakkah anda terfikir anda seharusnya menjadi teladan adab dan sikap yang betul?  Barulah saya dapat lebih menghormati anda. Manusia harus saling menghormati dan harus bersikap sopan antara satu sama lain," tulis Skye, seorang budak lelaki berusia 9 tahun dari Baguio City dalam suratnya kepada presiden Filipina, Duterte. — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments