Buddha dan Kristian: Berdiri Bersama Dalam Ketahanan Harapan

Pesan dari Vatikan sempena Hari Wesak 15 Mei, 2022

May 13, 2022


ROMA:
Ramai penganut Buddha di seluruh dunia akan merayakan Perayaan Wesak pada 15 Mei. Biasanya, tarikh perayaan itu adalah berbeza mengikut negara. Hari Wesak adalah hari memperingati kelahiran, pencerahan, dan kematian Buddha Gautama.

Dewan Kepausan untuk Dialog Antara Agama pada 8 Mei lalu telah mengeluarkan pesan sempena Hari Wesak yang bertema, “Penganut Buddha dan Kristian: Berdiri Bersama Dalam Ketahanan Harapan”.

Surat itu ditandatangani oleh Presiden Majlis Kepausan, Kardinal Miguel Ángel Ayuso Guixot, dan Setiausahanya, Msgr. Indunil Janakaratne Kodithuwakku Kankanamalage.

“Kami menulis pada masa manusia menghadapi pelbagai krisis. Untuk tahun ketiga berturut- turut, manusia di seluruh dunia menjadi tebusan oleh krisis kesihatan yang berlarutan disebabkan Covid-19,” tulis kedua-dua pegawai Vatikan tersebut.

Mereka juga menyatakan bahawa bencana alam yang kerap terjadi sekarang, “mendedahkan kelemahan kita sebagai penjaga bumi.”

Mereka juga mengecam konflik yang berterusan “yang menumpahkan darah orangorang yang tidak berdosa serta mengakibatkan penderitaan yang meluas.”

Meskipun usaha-usaha damai jelas terlihat pada masa krisis ini namun pemimpin Dewan Kepausan ini mengakui “pencarian untuk penyelesaian yang kekal masih sukar.”

Kardinal dan Setiausaha Dikasteri itu juga berdukacita kerana masih ada di kalangan kita yang mempergunakan agama untuk mewajarkan keganasan.

Mereka menyatakan kekecewaan Sri Paus Fransiskus yang mengatakan beliau bangga kerana orang maju dalam sains dan pemikiran tetapi manusia sangat mundur dalam hal mewujudkan keamanan.

Di tengah-tengah keghairahan mengejar kekayaan material dan meninggalkan nilainilai rohani, para pegawai Vatikan menyatakan, “ini telah membawa kepada kemerosotan moral umum dalam masyarakat.”

Dalam konteks ini, pesan Wesak dari Vatikan ini menggalakkan penganut Buddha dan Kristian untuk dimotivasikan oleh rasa tanggungjawab agama dan moral mereka agar mengekalkan kemanusiaan dalam usaha perdamaian dan daya tahan.

“Orang-orang beriman, yang didukung oleh prinsip-prinsip mulia harus berusaha untuk menjadi pelita harapan yang meskipun kecil, tetapi masih dapat menerangi jalan yang membawa manusia untuk menang dalam iman.”

Pesan Wesak itu memuji belas kasihan dan kebijaksanaan penganut Buddha yang memberi semangat kepada semua orang melalui pelbagai inisiatif sosial mereka yang memarakkan harapan. “Seperti yang Sri Paus Fransiskus katakan dalam ensiklik Laudato Si’, kita sentiasa boleh melakukan sesuatu untuk menyelesaikan konflik.”

Vatikan menyatakan keyakinannya bahawa harapan menyelamatkan manusia daripada kekecewaan.

Pesan itu memberi ucapan “Selamat Hari Wesak” kepada rakan-rakan yang akan mengekalkan harapan hidup dan menjana tindakan yang mengalu-alukan dan berganding bahu dalam menghadapi kesukaran yang disebabkan oleh krisis sekarang.” -- media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments